22 Mac 2009

LAWATAN DATO AHMAD SAID KE PETI UNDI BUKIT WAN PADA 21 MAC 2009 (PROGRAM SEHARI BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU)

Pada 21 Mac 2009 yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu telah berkunjung ke Peti Undi Bukit Wan sempena Program Sehari Bersama Menteri Besar Terengganu. Program ini telah di adakan di padang bola Kg Gong Lingai yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kg Bukit Wan, Kg Bukit Nenasi, Kg Gong Lingai dan Kg Lingai. Dalam program ini banyak acara untuk penduduk setempat telah diadakan termasuklah futsal, bola jaring, sepakraga, golek rim sports, tarik tali, pakaian hodoh, kukur kelapa berpasangan dan banyak lagi acara yang menarik. Acara untuk kanak kanak TBK pun turut diadakan serta cabutan nombor bertuah juga disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Program ini bermula pada pukul 7 pagi, di mana 6 ekor lembu telah ditumbangkan untuk jamuan makan tengah hari bersama Dato Menteri Besar. Lembu lembu itu telah diagihkan mengikut JKKK masing masing dan dimasak secara bergotong royong di tapak program berlangsung. Disamping acara sukan, pihak penganjur juga turut mengadakan pameran dari agensi kerajaan seperti Agenci Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Pengangkutan Jalan, Yayasan Islam Terengganu, Tesdec, Pejabat Kesihatan Negeri dan lain lain lagi. Kehadiran masyarakat setempat amat memuaskan dan semua pihak telah memberi satu kerjasama yang cukup baik bagi melincinkan perjalanan program ini. Kehadiran Dato Menteri Besar telah disambut oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan semua Pengerusi JKKK sambil di iringi dengan paluan kompang dan perarakan bunga mangar. Setibanya ditapak program, Rombangan MB telah dipersembahkan satu pertunjukkan silat gayong yang sungguh menarik dari kanak kanak dari JKKK Gong Lingai. Dalam majlis ini juga Dato Menteri Besar telah mengagihkan anak pokok kelapa sawit untuk ditanam di sekitar rumah dan yang pasti ia akan memberi satu pendapatan sampingan yang agak lumayan. Didalam program ini juga, makanan tradisional pun turut dipamerkan dan cara pembuatannya seperti laksa dan makanan dari ubi gadong turut di adakan. Dato MB cukup tertarik dengan hasil dari ubi gadong yang telah dipamerkan dan MB turut merasainya. Dalam program ini juga Dato MB turut bermain futsal bersama JKKK setempat yang mendapat sorokan gemuruh dari penonton. Di akhir majlis MB turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan dan juga cabutan bertuah. DIBAWAH INI DIPAPARKAN BEBERAPA GAMBAR YANG SEMPAT DI AMBIL SEMPENA PROGRAM SEHARI MENTERI BESAR TERENGGANU DI PETI UNDI BUKIT WAN....
Gotong royong bermula pukul 7.30 pagi....sian daging
Barisan kita...(Dari kanan) Pak Su Aji, Che Lah, Pak Su It, Pak Su Da, Pak Ngah Li, Din Che Rahimah dan Ku Man.... Pak Man....orang penting dalam kampung. Sujiha dan Miah.....peserta bola jaring Bukit Wan
Sebahagian penduduk kampung yang hadir.....
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Che Harun) diserbu....untuk dapat tiket nombor bertuah
Golongan istimewa pun turut hadir.....(Awang Seberang)
Melihat pameran Ubi Gadong.....Tak Pernah Sebelum Ini..
Acara kukur kelapa sedang berjalan......
Antara sebahagian anak muda yang hadir....
MB (pakai kain)...ke majlis makan tengah hari bersama penduduk kampung
MB disambut oleh 2 Pesilat Junior.....
MB dan rombongan menuju ke pentas utama......
Majlis Pembahagian Hadiah.....
Makan tengah hari.... (dua beranak)
Merasa makanan dari ubi gadong....memang sedap.... Kata MB
Ketua Pemuda Bahagian turut hadir.....terima kasih.
Gubahan sirih junjung turut dipamerkan.....
Peserta pakaian hodoh paling mendapat perhatian.....
Barisan peserta pertandingan pakaian hodoh..... memang hodoh pun...
Perbincangan ringkas untuk acara cabutan bertuah....kecoh jugak sekejap.
Sepak raga bulat....ada undang undang baru...rohok ujak.
Tukang masak bersama masakannya....Kak Sinah dan Mok Leha...
Anak muda turut menceriakan suasana program....
Yang menang dapat hadiah....Azizi sedang menerima hadiah dari MB...Tahniah.
Acara TBK mendapat sambutan yang amat menggalakkan....
Pertandingan futsal padang....Team Bukit Wan A juara.....
memang hebat dan versetal
Bola Jaring....Team Bukit Wan Juara...
Pameran dari JPJ....banyak matlumat dapat kat sini.....
Agensi Anti Dadah Kebangsaan..... banyak ilmu ada di sini
MB makan tengahari bersama YB Ustaz Khazan dan Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Layanan istimewa dari MB.....Awang Lingai.
Antara peserta pakaian hodoh.... memang hodoh pun...
Yang paling hodoh.....siapa dia tu...?
Lagak dan gaya peserta pakaian hodoh.
Kenangan...Team MB Vs Team JKKK.....Team MB menang (I-0)
Dato MB sedang memusing alat buat laksa tradisional....mudah je.... kata MB
MB di padang bola....cukup lincah.
SAKSIKAN BEBERAPA SEDUTAN VIDEO YANG SEMPAT DI RAKAM DI SEKITAR PROGRAM BERLANGSUNG......(MUTU GAMBAR KURANG MEMUASKAN)
Ucapan YB Khazan.....

Persembahan Silat.... dari Gong Lingai

JKKK diserbu .....

JKKK diserbu lagi.....

MB dan Ubi Gadong....cuba dengar molek.

Barisan peserta pakaian hodoh.....

Peserta bola jaring Bukit Wan sedang menerima hadiah dari MB....Juara

20 Mac 2009

UBI GADONG DI KAMPUNG BUKIT WAN

Ubi ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Ubi Nasi, Tuba Ubi, Ubi Cerok, Ubi Merah, Ubi Kendudok dan Ubi Kipas. Nama saintifiknya ialah Dioscorea spp. Ini termasuklah spesies Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal dan kimia antara satu sama lain. Pokok Ubi Gadong ini berdaun seperti daun sirih. Ia adalah jenis menjalar dan batangnya pula mempunyai banyak duri. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza. Bagi Dioscorea hispida, ubinya berwarna kuning. Dioscorea piscatorum berwarna kemerahan dan Dioscorea alata, ubinya berwarna kuning kemerahan.Selain dijadikan sebagai makanan, ubi ini juga mempunyai nilai perubatan. Walaupun kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun iaitu alkaloid Dioscorine yang larut dalam air. Namun, setelah alkaloid ini disingkirkan, ubi ini tidak lagi beracun malahan berupaya memberi nilai perubatan kepada manusia. Salah satu cara untuk membebaskan ubi ini daripada alkaloid Dioscorine ialah dengan merendamkannya ke dalam air yang mengalir untuk suatu tempoh tertentu (beberapa hari). Air yang mengalir ini akan melarutkan kandungan Dioscorine pada ubi ini.

18 Mac 2009

Program Sehari Bersama Menteri Besar Terengganu

Program Sehari Bersama Menteri Besar Terengganu
Di Kg. Maras dan Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, 21 Mac 2009, 8.00 pagi - 12.00 malam. Banyak acara dan Program akan berlangsung di sana. ...Jom...kita jumpa di sana.

14 Mac 2009

KENDURI DI RUMAH PENGERUSI JKKK BUKIT WAN

Pengerusi JKKK Bukit Wan (Che Harun bin Ismail) sekali lagi mengadakan kenduri sempena Majlis Perkahwian anak perempuan beliau. Majlis ini cukup meriah dengan di serikan dengan persembahan silat gayong di sebelah malam sambil di susuli dengan persembahan dikir barat dari kumpulan Pelajar Pusat Kesihatan Awam Batu Rakit (PKA). Selain dari pelajar yang membuat persembahan, ada juga persembahan spontan dari tetamu yang hadir. Persembahan dikir barat ini sungguh menarik sehingga penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing masing hingga akhir persembahan. Keesokan harinya (14 Mac 2009) adalah hari yang sibuk bagi Che Harun dengan menunggu kehadiran para jemputan tiba. Kami seluruh penduduk Kg Bukit Wan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pengantin dan mengucapkan SELAMAT MENERIMA MENANTU kepada Che Harun.
Dibawah ini dipaparkan beberapa foto dan video klip yang sempat dirakam pada malam itu. (mutu video kurang memuaskan...harap maaf)

Dikir Barat sedang rancak berlangsung... Tetamu sedang menjamu selera.... Din....tukang karut berbakat besar yang lama terpendam Aktiviti melapah daging....Kerbau seekor dan lembu seekor. Yang tengok saja pun ramai.... Gaya seorang pesilat..... Pesilat sedang beradu ketangkasan dan teknik mempertahankan diri Persembahan dikir barat ....dari pelajar PKA Batu Rakit....memang hebat. Orang dapur....kalau ini tak berasap...tak jadi majlis. Dari kiri.... Kamarul, Fikri dan Wari.

DIBAWAH INI DIPAPARKAN BEBERAPA VIDEO KLIP YANG SEMPAT DI RAKAM DALAM PERSEMBAHAN DIKIR BARAT PADA MALAM ITU. SELAMAT MENONTON..... (GAMBAR KURANG MEMUASKAN...HARAP MAAF)

Persembahan dari Pelajar Pusat Kesihatan Awam Batu Rakit (PKA)

1

2

3

4

5

Din Jarah...tukang karut yang terpendam

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

Andainya anda ada foto yang menarik pada malam itu...sila hantar kepada Penulis Blog untuk dimasukkan kedalam blog ini....Kerjasama dari anda amat dihargai.......Terima kasih.