31 Mei 2009

PROGRAM KEM KESIHATAN KK BATU RAKIT DI KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 23 Mei 2009 yang baru lalu telah diadakan satu program yang diberi nama Program Kem Kesihatan KK Batu Rakit yang bertemakan "Pemeriksaan Awal Penyakit Terkawal" dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Kuala Terengganu. Program ini telah diadakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Bukit Wan, Kampung Bukit Nenasi, Kampung Gong Lingai dan Kampung Lingai yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit iaitu YB Ustaz Khazan Che Mat. Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan program Senam Robik dan diikuti dengan Larian Kesihatan sejauh 2.5 KM. Selain dari itu program pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan. Program ini cukup mendapat sambutan dimana seramai 250 orang telah tampil menjalani pemeriksaan tersebut. Program ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.
Sebahagian penduduk kampung yang hadir...masa perasmian. Perasmian....Ustaz Khazan menyampaikan ucapan. Barisaan kenamaan....YB Khazan dan wakil Kementerian Kesihatan.
YB Khazan...turut sama menjalani pemeriksaan kesihatan...
test tekanan darah...kok kok ada darah tinggi.

28 Mei 2009

MAJLIS TAHLIL ARWAH DAN DOA SELAMAT

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat akan di adakan di masjid kampung Bukit Wan pada 4 Jun ini (hari Khamis malam Jumaat) selepas solat isyak. Majlis ini akan turut dihadiri oleh Ustaz Khazan (YB Batu Rakit). Majlis ini di anjurkan oleh Pemuda Umno Kg Bukit Wan. Dengan itu semua penduduk kampung Bukit Wan (khasnya Pemuda) dan penduduk sekitarnya adalah dijemput hadir pada majlis tersebut. Kehadiran anda amatlah dialu - alukan dan diucapkan berbanyak terima kasih.....
Semoga ada kesempatan untuk kita melakukan kerja kerja amal seperti ini.

21 Mei 2009

MESYUARAT KHAS PEMULIHAN GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN BUKIT WAN

Satu Mesyuarat Khas Pemulihan Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Wan telah diadakan pada 20 Mei 2009 pada jam 9.15 malam. Mesyuarat ini telah diadakan di Bangunan KRT yang turut di hadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu iaitu Encik Jaafar. Tujuan mesyuarat ini di adakan bagi memilih pengurusan baru pertubuhan ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Hasin (Bekas Pengerusi Belia) yang telah menceritakan dengan panjang lebar tentang keadaan Belia 4B ini di zaman kegemilangan dan zaman suramnya. Selain dari itu, En Jaafar (Pegawai Belia) turut berucap dengan panjang lebar dengan menerangkan kebaikan dan kelebihan serta fungsi pertubuhan Belia ini. Dalam mesyuarat ini dengan satu suara telah memutuskan bahawa En Azman Wahab di lantik sebagai Pengerusi baru Belia 4B Kg Bukit Wan dan En Abd Wahab Ali pula di lantik sebagai Tim Pengerusi. Selain dari itu ahli mesyuarat juga turut melantik setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasanya sekali. Pegawai Belia berharap agar perlantikan ini akan menberi satu tenaga baru bagi mengerakkan kembali serta merancakkan lagi program untuk golangan belia dan komuniti setempat. Mesyuarat ini berakhir pada jam 11.30 mlm dan sedikit jamuan ringan turut di sediakan.
BELIA AKTIF MASYARAKAT CERIA.
Pengerusi Belia 4B Kg Bukit Wan (2009) - Azman Wahab Pengerusi Baru bersama Mantan Pengerusi (En Hasin). Terima kasih untuk segalanya diatas usaha dan kecaknaan anda selama ini. En Hasin.... sedang berucap sambil diperhatikan oleh Pegawai Belia Daerah Kuala Terengganu (En Jaafar)
Pegawai Belia (En Jaafar) sedang menberi ucapan...Ucapan sulong Pengerusi Belia Baru....nyata bersemangat.
Antara sebahagian beliawanis yang hadir mesyuarat....terima kasih diatas komitmen anda
Mat mat belia yang hadir...serius mendengar ucapan dengan penuh penghayatan.
Tokei kedai pun turut hadir....Emin.
Kita minum dulu.....
AJK baru belia kita....Mahadi dan Min Ton. Tenaga dan buah fikiran anda amat diperlukan. Semuga anda akan terus aktif.

20 Mei 2009

TERKINI - MESYUARAT BELIA 4B KG BUKIT WAN

Satu Mesyuarat Khas Pemulihan Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Wan akan diadakan pada malam Rabu 20 Mei 2009. Bertempat di Bangunan KRT pada jam 9.00 malam. Semua ahli belia dijemput hadir bagi menjayakan dan merancakkan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
BELIA MESTI BENCI DADAH

02 Mei 2009

MAJLIS PERKAHWINAN DIRUMAH EN ZAHARI - 2 MEI 2009

Tanggal 2 Mei 2009 (sabtu).....En Zahari mengadakan satu Majlis Perkahwinan anak perempuannya (Fairos) yang telah diadakan di Kg Bukit Wan dalam suasana yang cukup meriah. Hampir keseluruhan penduduk Kampung Bukit Wan telah hadir pada majlis tersebut. Selain dari itu ramai tetamu kehormat dari luar telah datang dan menjamu selera (masakan ala kampung) serta suasana ini diserikan lagi dengan kehadiran rombongan Pengantin pada sebelah petangnya. Saya dan keluarga dari Blog Budak Bukit Wan ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Pengantin Terbaru Kepada Kedua Pengantin (Fairos & Joe) dan Selamat Menerima Menantu Kepada En Zahari dan Cik Hawa.
DISINI DISERTAKAN BEBERAPA FOTO YANG SEMPAT DIAMBIL PADA MAJLIS TERSEBUT.
Bunga Manggar....tanda arah kerumah Pengantin Perempuan.
Puan Fairos.....( Pengantin Terbaru Kg Bukit Wan)
Wajah Ceria Pengantin Baru....Joe dan Fairos....Berbahagia selalu dan senyum sokmolah
Team Kompang Bukit Wan....tenaga anda akan diperlukan lagi selepas ini. Terima kasih kepada pengurus team kompang.
Antara tetamu istimewa yang hadir...Pak Su Aji (semutar)
Antara wajah wajah yang mengceriakan suasana majlis
Kehadiran rombongan Pengantin Lelaki yang diiringi dengan paluan kompang dan berzanji
Deraslah...lama dah tunggu ni......
Hari Bersejarah Buat Kedua Mempelai....
Pengantin menuju ketempat Persandingan......
Pengantin dipelamin.....Selamat Beraja Sehari.......
Doa dibaca....moga moga kekal untuk selamanya...Amin.
Gelagat Pengantin (Joe dan Fairos)...ada apa yang tak kena ke.....
Emak ayah pengantin lelaki.....
Ibu bapa Pengantin Perempuan....(En Zahari dan Cik Hawa) bergambar bersama pasangan Pengantin.
Bergambar bersama kedua keluarga pengantin....
Makan Beradat bersama ahli keluarga ......ubuh kuah tu....