26 Jun 2009

AL FATIHAH... UNTUK ADIK MUHAMMAD KHAIRUL FATIHI KERANA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Dukacita dimaklumkan bahawa adik Muhammad Khairul Fatihi bin Mat Rosdi (anak Mat Pulau) yang berusia 14 tahun telah kembali ke rahmatullah pada petang khamis 25 Jun 2009 di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Jenazahnya telah selamat di kebumikan di kampung Bukit Wan pada malam Jumaat. Semua penduduk Kampung Bukit Wan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh....Al Fatihah.
"SESUNGGUHNYA MATI ITU DATANGNYA DENGAN TIBA TIBA DAN TIDAK MENGENAL SESIAPA...MAKA CARILAH SEBANYAK MUNGKIN PAHALA SELAGI KITA MASIH BERNYAWA"

25 Jun 2009

PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN UMNO CAWANGAN BUKIT WAN KALI KE 21 2009

Pada malam 24 Jun 2009 yang lalu telah berlangsung satu Persidangan Agong Tahunan Umno Cawangan Kampung Bukit Wan. Persidangan ini bermula pada jam 9.30 malam dan ianya diadakan dibangunan KRT Kampung Bukit Wan. Kehadiran penduduk kampung amat menggalakkan dan golongan belia juga ramai yang turut hadir. Tetamu jemputan ramai juga yang hadir antaranya Cikgu Lan (Setiausaha Umno Setiu), Puan Wan Maznah Wan Nong (Ketua Wanita Umno Setiu) serta AJK Bahagian. Persidangan kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap iaitu Abd Wahab Ali (hulkali) dan ianya telah berjalan dengan lancar. Dipermulaan persidangan ini, Tuan Iman Masjid Bukit Wan (Hj Abdullah bin Chik) telah memimpin bacaan doa dan disusuli dengan ucapan Ketua Cawangan (En Harun Ismail). Cikgu Lan selaku wakil bahagian telah menyampaikan banyak matlumat terkini tentang parti dan perkembangan politik semasa tanahair. Dalam persidangan kali ini, banyak usul usul telah diutarakan oleh ahli ahli. Diantaranya agar dibina pagar masjid, YB diminta turun padang dari masa ke semasa, banyakkan program yang berunsurkan keagamaan, pemimpin tidak mesra rakyat, tunaikan segala janji janji yang telah dijanjikan, cari jalan selesaikan masalah masalah yang berbangkit, sediakan tong sampah dan yang paling hangat adalah tentang tanah lot perumahan yang sekian lama tidak dapat diselesaikan oleh pihak atasan. Tentang lot tanah ini, banyak sekali persoalan persoalan telah ditimbulkan. Antaranya, bilakah ia akan selesai, lot tanah ini bakal menjadi milik siapa dan apakah punca yang menyebabkan ianya bergitu sukar untuk selesaikan. Dalam persidangan ini juga ahli ahli telah memilih wakil wakil untuk kepersidangan bahagian yang akan datang. Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh Puan Wan Maznah (Kak Wan) selaku Ketua Wanita Bahagian. Kak Wan berucap dengan panjang lebar dan juga turut menjawab beberapa usul usul yang dibangkit oleh ahli. Persidangan ini telah berakhir pada jam 11.20 malam dan sedikit minum malam telah disediakan.
Sesi daftar kehadiran.... Yang datang awal...Pok Da Musa dan Stopa Barisan hadapan...En Harun, Cikgu Lan, Kak Wan dan AJK bahagian Ketua Pemuda (En Ambak)...serius mendengar ucapan wakil bahagian. Antara ahli ahli yang hadir.... Tok Bilal (Pok Ngah) turut menbangkit isu tanah lot.
Mendengar dengan penuh minat...Ayah Cik (baju hitam)

Video...suasana persidangan berlangsung.....

Video... Usul dari Pemuda....(1)

Video...Usul dari Pemuda...(2)

Video...Usul dari Pemuda (3)

Video...Isu tanah dari Pak Ngah

16 Jun 2009

MESYUARAT AJK BELIA 4B BUKIT WAN

Pada 15 Jun 2009 satu Mesyuarat Belia telah diadakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan. Mesyuarat ini bermula pada jam 9.15 malam yang dihadiri hampir kesemua AJK Belia dan turut hadir Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan iaitu Encik Harun Ismail. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan program program untuk belia dan juga melantik AJK tambahan. Pengerusi Belia baru (Azman Wahab) telah mempengerusikan mesyuarat ini dan ini adalah mesyuarat yang pertama setelah dilantik menjadi Pengerusi Belia 4B Kampung Bukit Wan. Dalam mesyuarat ini AJK telah mencadangkan beberapa program dan rangcangan untuk golongan belia. Untuk program yang terdekat ini, ahli AJK telah memutuskan untuk diadakan satu sukan lasak iaitu "explore", pertandingan memancing dan program bersama pemimpin (bakar ayam). Sukan explore ini dijangka akan diadakan pada 18 Julai 2009 (sabtu - pagi) dan pertandingan memancing akan diadakan pada sebelah petangnya. Manakala Majlis Bersama Pemimpin akan diadakan pada 19 Julai 2009 (Ahad - malam). Pada malam itu diadakan acara "bakar ayam" sambil menyaksikan klip video program "explore" dan pertandingan memancing yang dijalankan sehari sebelum itu. Pada malam itu juga akan diadakan majlis penyampaian hadiah bagi semua acara tersebut. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama JKKK dan KRT. Pada mesyuarat ini juga, Pengerusi JKKK turut berucap dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan pengerusi belia yang baru serta mengharapkan agar pertubuhan belia ini akan terus aktif dengan programnya.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Belia 4B Kampung Bukit wan
(Wahab dan Azman) Tengah rancak meeting ni... Tengah cari formula untuk program Belia....
Antara AJK beliwanis yang hadir.....
Pengerusi JKKK (En Harun - baju putih) turut hadir dan sedikit ucapan
Azman mempegerusikan mesyuarat....
Pok Joe dan Mahadi....antara yang lantang bersuara
bersama idea idea baru.
Keputusan mesti sepakat....baru semua ok.
Kamarul dan Fikri....orang lama dalam belia
Belia kita OK.....Sidah Ani

Tengok lah macam mana kita meeting......(video)

14 Jun 2009

MESYUARAT BELIA 4B KAMPUNG BUKIT WAN

Azman...Pengerusi Belia 4B Bukit Wan
Satu Mesyuarat Belia 4B Kampung Bukit Wan akan diadakan pada 15 Jun 2009 yang bertempat di Bangunan KRT. Mesyuarat ini dijangka bermula jam 9.00 malam dan ia diadakan bagi memilih AJK (tambahan) dan membincangkan apakah program program yang sesuai untuk dijalankan khas untuk belia dan semua masyarakat dikampung. Dan dengan itu semua ahli ahli belia dialu alukan hadir bagi membincangkan hal hal program yang akan dijalankan dan juga mendengar masalah masalah semasa belia dikampung kita. Segala kerjasama dan komitmen dari semua ahli belia amatlah dihargai dan didahului dengan ucapkan jutaan terima kasih.
"BELIA BENCI DADAH"

05 Jun 2009

"TEAM FUTSAL BAKAR AYAM"

Manager Futsal Team Kit Wan 2009..
(Mat Haire)
Tahniah diucapkan kepada Team Futsal Kampung Bukit Wan kerana telah menyertai satu pertandingan yang berprestis tinggi yang telah dianjurkan oleh I-Metro yang telah berlangsung di Gong Badak pada 30 Mei 2009 yang lalu. Team Bukit Wan hanya layak ke pusingan kedua kerana telah tewas dengan Team Telemong. Bagi menghargai para pemain, pengurus Team Futsal Bukit Wan (Mat Hairi) telah mengadakan satu program "BAKAR AYAM" dirumah En Rahim Muda pada malam 4 Jun 2009 yang bermula jam 10.00 malam. Kesemua para pemain telah hadir dan bersama sama membakar ayam. Selain dari itu tuan rumah (Rahim) juga ada menyediakan lain lain menu yang cukup istimewa.
"SELAMAT TERUS BERFUTSAL LAGI SELEPAS INI"
Group Futsal sedang bakar ayam....(gambar gelap..malam kan..) Sebahagian dari menu yang disediakan.... Pemain dan penyokong futsal Kit Wan....rilex je.... Antara pleyer Team Futsal Kit Wan yang verstail

MAJLIS PENYERAHAN BORANG BAKTI REMAJA KAMPUNG BUKIT WAN 2009

Pada malam 4 Jun 2009 satu majlis Penyerahan Borang Bakti Remaja telah di adakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan. Majlis ini bermula pada jam 9.30 malam selepas Majlis Bacaan Yassin,Tahlil dan Doa Selamat selesai diadakan. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Batu Rakit (En Azhar) dan barisan kepimpinan dalam dun Batu Rakit. Majlis ini diadakan bagi menyerahkan borang dana untuk remaja yang berumur 21 tahun keatas yang belum kahwin. Majlis ini telah dihadiri lebih 80 orang remaja dalam kampung Bukit Wan. Dalam majlis ini En Azhar telah memberi sedikit ucapan dan memaklumkan kepada para belia tentang senario politik masa kini. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Saudara Ambak Ismail (Ketua Pemuda Bukit Wan). Majlis ini berakhir pada jam 11.00 malam.
SAKSIKAN KOLEKSI FOTO YANG SEMPAT DIRAKAM.
Barisan Kepimpinan yang hadir....
Sama samalah kita
"MENRAKYATKAN PEMBANGUNAN"
En Ambak dan Badri...orang penting dalam Pemuda. Tiada Halangan Hanyalah Peluang Sebahagian belia yang hadir....
Penuh penghayatan.... para belia dan beliawanis sedang mendengar ucapan
Antara generasi pelapis kampung Bukit Wan....
Isi borang pun neru ugak....
Ayah Cik....isi borang jugak ke?
Beratur...untuk dapatkan borang
Belia dan ayah belia sedang sibuk isi borang.
Macam daftar nak masuk U....
Antara yang hadir ....En Rahim Muda
Isi borang molek molek...
Ini mesti ada yang tak faham ni...Badri dan Kepen.
Semua ok...beres........
Isyarat ok .....dari beliawanis.
Mat Rashid dan Aziz...semuanya angkat ibu jari. Bereslah tu...
Wajah wajah ceria....dari kiri...Mie,Mat Napi dan Khairul

Saksikan....video ini

Juga video ini

KOLEKSI FOTO MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

Pada 4 Jun 2009 telah berlangsung satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Kampung Bukit Wan. Majlis turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit), En Azhar (Ketua Pemuda Batu Rakit) dan ramai lagi barisan kepimpinan dalam dun Batu Rakit. Kehadiran masyarakat setempat amat menggalakan dan diluar jangkaan. Kehadiran golongan belia dan remaja cukup memberangsangkan. Dianggarkan lebih 150 orang telah hadir pada majlis tersebut dan program ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan selepas itu diadakan Majlis Bacaan Yassin ,Tahlil dan Doa Selamat serta diikuti dengan solat Isyak berjemaah yang diimani oleh Ustaz Khazan. Majlis ini diakhiri dengan sedikit jamuan.
Majlis bermula...bacaan Yassin
Sedikit ucapan dari YB Khazan...
Saudara Azhar....terima kasih kerana hadir.
Sebahagian dari yang hadir....
Antara belia dan remaja yang hadir....
Encik Badri.....Orang kuat dalam kampung bersama YB Khazan.
Sedikit jamuan....nasi kuning dan gulai ikan aya.
(Memang sedap bos..)
Selesai solat Isyak...bersalam salaman
Eratkan hubungan siraturahim dalam masyarakat kita...
Kita makan dulu.....
Razli....antara belia yang hadir. Thank You.
Tambah lagi Man...tak tambah rugi.
Makan bersama YB.....