14 Jun 2010

PROGRAM KEMPEN TANAMAN KAYU KARAS PERINGKAT DUN BATU RAKIT

Kampung Bukit Wan terus menjadi tuan rumah kepada beberapa program diperingkat Dun Batu Rakit. Dan yang terbaru ialah Kempen Penanaman Kayu Karas Peringkat Dun Batu Rakit yang telah diadakan pada 10 Jun 2010 bertempat di Dewan Bangunan KRT Kampung Bukit Wan. Program ini diadakan dari cetusan idea YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) bagi memberi peluang kepada semua penduduk Dun Batu Rakit untuk menambah pendapatan sampingan dari hasil tanaman pokok kayu karas ini. Semua penduduk dalam Dun Batu Rakit telah dijemput khasnya Pengerusi JKKK. Program ini bermula dengan sesi ceramah dan penerangan tentang penanaman pokok kayu karas oleh En Manan (Renjar Kanan). Dalam ceramah itu semua peserta telah diberi penerangan dan didedahkan dengan selok belok serta teknik penanaman yang jelas dan sesi soal jawab pun turut diadakan dengan peserta program. Program yang julung kali diadakan di Dun Batu Rakit ini telah dihadiri Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu Dato Haji Nor Akhirrudin bin Mahmud serta YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit). Pada majlis ini kepada semua yang hadir akan diberi sebanyak 10 pokok anak Karas untuk ditanam secara percuma.
UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK KOLEKSI FOTO PROGRAM...SILA LAYARI FACEBOOK RASMI KAMPUNG BUKIT WAN
Kain rentang program...
Anak anak pokok karas yang bakal diagihkan
kepada sesiapa yang hadir dan berminat.

Antara sebahagian penduduk kampung yang hadir

Kehadiran peserta program amat memuaskan...
Kepimpinan masyarakat juga turut hadir...
Saudara Ambak Ismail... selaku pengerusi
program.
Antara barisan tetamu VIP yang hadir...
YB Khazan (Adun Batu Rakit), Pengarah Jabatan
Perhutanan Negeri Terengganu (Tn Hj Nor Akhirrudin)
dan Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri
YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan program ini. Pengerusi JKKK Kg Bukit Wan (En Harun Ismail) berkata sesuatu kepada YB Khazan sambil diperhatikanoleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu(Tn Hj Nor Akhurrudin). Mat Nong dan Pok Su It...sedang menunjukkan anak pokok karas yang diterimanya. Peserta program bergotong royong mengisi pokok kedalam plastik untuk diagih agihkan. Semak nama ...siapa yang belum dapat lagi.
Seorang surirumah (Kak Jah)... pun juga
berminat untuk menanam pokok karas.
Pengarah Jabatan Perhutan... sedang memberi
menerangan ringkas tentang selok belok pokok
karas...
Pengerusi JKKK Bukit Wan (En Harun) ...sedang
menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj
Nor Akhirrudin sambil diperhatikan oleh Ustaz
Khazan.
YB Ustaz Khazan bergitu tertarik dengan
kayu karas yang dibawa oleh Jabatan
Perhutanan sebagai contoh.
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan.. sempat juga
bergambar kenang kenangan bersama Pengarah Jabatan PerhutananNegeri Terengganu (Tn Hj Nor Akhurrudin) dan YB Ustaz Khazan (Adun Batu Rakit) serta Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

PROGRAM MOTIVASI UNTUK PELAJAR DAN IBUBAPA

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah berjaya mengadakan satu program motivasi untuk semua pelajar tahun 5 dan tahun 6 Sek Keb Bukit Wan. Program ini telah diadakan pada 8 Jun 2010 bertempat di Dewan Bangunan KRT Bukit Wan dengan kerjasama pihak Sek Keb Bukit Wan. Hampir 100 orang ibubapa dan pelajar telah menghadiri program ini yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Dalam program ini pihak JKKK Bukit Wan telah menjemput seorang pakar motivasi (En Mohd Zailani bin Hj Abd Rahman) untuk menyampaikan petua dan teknik pembelajaran yang berkesan. Ternyata pihak JKKK sentiasa mengambil berat dan memandang serius dalam pembelajaran demi untuk kecemerlangan dalam pendidikan untuk anak anak kampung.

En Hanif Abdullah (Pegawai Khas YB Khazan) sedang berucap dan merasmikan program

Antara sebahagian kaum ibu yang menghadiri
program ini.
Pakar Motivasi (En Mohd Zailani )... sedang menyampaikan ceramah kepada ibubapa dan para pelajar. Program ini telah dipengerusikan oleh En Ambak Ismail (S/U JKKK Bukit Wan) Kehadiran pelajar dan ibubapa amat menggalakan.

TUAN HAJI ABD GHANI BIN ABDULLAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Abd Ghani bin Abdullah (Abang Ghani) telah kembali ke Rahmatullah pada 8 Jun 2010 (selasa) jam 2.00 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan ditanah Perkuburan Kampung Bukit Wan pada jam 9.15 malam. Seluruh penduduk kampung mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh....Al Fatihah. "SESUNGGUHNYA MATI ITU DATANGNYA DENGAN TIBA TIBA DAN TIDAK MENGENAL SESIAPA"