30 Oktober 2010

Majlis Kuliah Maghrib Perdana Dun Batu Rakit Di Kampung Bukit Wan.

Pada 29 Oktober 2010, Kampung Bukit Wan sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu program bagi peringkat Dun Batu Rakit iaitu Program Kuliah Maghrib Perdana Bagi Dun Batu Rakit telah diadakan dimasjid Kampung Bukit Wan. Program ini dimulakan dengan sembahyang Maghrid berjemaah dan diikuti dengan Kuliah Maghrid yang disampaikan oleh seorang ulamak dari Mesir iaitu Al-Sheikh Ahmad Isa Al-Ma'sorowy. Pada majlis ini dianggarkan lebih 500 orang telah menghadirinya yang terdiri dari penduduk Kampung Bukit Wan dan kawasan sekitarnya. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit).

24 Oktober 2010

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KAMPUNG

Sukacita dimaklumkan bahawa Kampung Bukit Wan telah terpilih ke Pertandingan Kebersihan Kampung (Kategori Luar MBKT) Peringkat Negeri Terengganu 2010. Maka dengan ini seluruh kawasan dipersekitaran kampung hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih dalam suasana ceria. Semoga kampung kita akan berjaya dengan matlamatnya. Maka dengan ini dipohon agar seluruh penduduk kampung dapat memberi kerjasama yang sebaiknya serta komitmen yang berterusan dalam menjayakan program ini. Sama samalah kita mencantikkan dan menceriakan kampung kita dengan idea idea yang kreatif.

18 Oktober 2010

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI BUAT PENGERUSI JKKK BUKIT WAN

Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan iaitu En Harun bin Ismail dan isteri akan menunaikan fardu haji pada tahun ini. Beliau akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada 19 Oktober 2010 jam 4.15 petang. Penerbangan ini akan terus ke Arab Saudi. Semua penduduk kampung akan mendoakan agar beliau dan isteri akan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air serta mendapat Haji Mabrul.

02 Oktober 2010

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2010.

Kehangatan dan suasana hari raya masih lagi terasa disana sini dimana banyak majlis rumah rumah terbuka diadakan. Disempena sambutan hari raya pada tahun ini, pihak Jawatankuasa KRT dan JKKK Bukit Wan telah sebulat suara untuk mengadakan satu majlis sambutan hari raya bagi peringkat Kampung Bukit Wan. Majlis ini telah diadakan pada 1 Oktber 2010, bertempat di Bangunan KRT. Majlis ini telah dihadiri hampir seluruh penduduk kampung dan berbagai lapisan usia.Pada majlis ini, Pengerusi KRT Bukit Wan (En Harun bin Ismail) telah menyampaikan ucapan dan membahagikan duit duit kepada kanak kanak yang berumur 12 tahun kebawah. Jamuan makan malam dan kuih raya turut disediakan termasuk kuih tradisional seperti ketupat dan tapai. Disamping itu juga turut diadakan persembahan lagu lagu raya dari "artis artis" kampung Bukit Wan yang pastinya mengemparkan dan memeriahkan suasana.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Poster promosi program.
En Badri...kerja kuat bagi memantapkan
sistem bunyi
Masuk duit ke sampul raya...
Sesi test sistem bunyi...
En Ambak...selaku pengerusi program...
Duit raya tetap ada..walaupun
raya ke 22.
Bebaris untuk dapatkan
duit raya...
Jamuan raya...beranika makanan.
Pok Su Haji..turut sama memeriahkan
majlis.
Sebahagian antara anak muda yang
hadir...Terima kasih orang muda.
Antara artis popular Kampung Bukit Wan
...Razman dan Rahmat.
Aksi artis artis kita...hebat dan mantap

Bukan sekadar untuk glamer... dari kiri...Razman, Aziz dan Pok Ngah.