26 April 2011

JUADAH ISTIMEWA UNTUK PERDANA MENTERI DARI KAMPUNG BUKIT WAN

Pelbagai jenis kuih tradisional berasaskan ubi gadong akan menjadi ‘juadah istimewa’ sebagai hidangan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor sempena lawatan sehari pemimpin nombor satu negara itu ke Terengganu Sabtu ini. Tanaman yang kian terpinggir itu mula diuar-uarkan dua tahun lalu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, malah beliau pernah mencetuskan idea untuk menjadikannya sebagai makanan rasmi dalam majlis kerajaan negeri. Ibu Gadong
Kesukaran memperolehi ubi gadong serta teknik pemprosesan yang mengambil masa lama sebelum dapat menghasilkan pelbagai menu kuih-muih antara faktor makanan berasaskan ubi gadong sukar ditemui masyarakat umum dan terbatas sekali. Hakikatnya, bagi mendapatkan bahan mentah atau pokok berkenaan tidaklah begitu sukar kerana ia lazimnya tumbuh melata sama ada di kebun buah-buahan atau di belakang rumah di sesetengah kampung, terutama di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit. Malah, pokok itu tidak perlu ditanam sebagaimana spesies ubi yang lain seperti ubi kayu dan keledek. Bagi Hajah Faridah Abdul Ghani, 52 dari Kampung Bukit Wan, begitu bangga dan terharu kerana diberi tanggung jawab menyiapkan juadah istimewa berkenaan kepada pemimpin nombor satu negara. Katanya, walaupun proses menghasilkan kuih-muih boleh mengambil masa sehingga seminggu yang dimulai dengan kerja mengali, mengupas kulit dan menghiris nipis, diikuti merendamnya dalam bekas khas bercampur asam keping dan garam (dua malam) sebelum memindahkannya ke proses rendaman kedua dengan air yang mengalir selama dua hari dua malam serta perlu membilasnya dua kali sehari. “Setelah melalui semua proses ini barulah ubi gadong ini selamat dimakan dan boleh menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional seperti puteri mandi, onde-onde, lok lik dan sebagainya,” kata Hajah Faridah. Menurutnya, jika proses menghasilkan makanan tidak dilakukan dengan bersih dan menggunakan kaedah yang betul, kesannya mungkin timbul kepada sesiapa yang memakannya, seperti pengalaman Menteri Besar yang pernah mabuk gadong ketika zaman persekolahan beliau dulu.

23 April 2011

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP BUKIT WAN ANJURAN JKKK

Pada 22 April 2011, jam 3.00 petang bertempat Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai telah berlangsung Pertandingan Bowling Tertutup Bukit Wan anjuran JKKK Bukit Wan. Ternyata pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari penduduk kampung khasnya golong belia dan remaja. Pertandingan ini juga turut disertai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JKKK serta AJK JKKK yang lain. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama AJK dan juga golongan belia. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hj Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit). Suasana pertandingan berlangsung...
Tiga remaja sedang menunggu giliran...
Hulkali turut sama menyertainya... En Rahim Muda (AJK JKKK) ..dengan gaya
yang tersendiri. YB Ustaz Hj Khazan... sedang menyampaikan hadiah
kepada para pemenangan
Pengerusi JKKK Bukit wan (Tn Hj Chek Harun Ismail)
turut menyertai sama pertandingan ini.
suasana meriah dan ceria....
Kinah...bersama hamper dan wang tunai yang dimenanginya

JKKK BUKIT WAN ANJUR BADMINTON

Jawatankuasa Kemajuan Kampung Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan sentiasa aktif dengan berbagai aktiviti untuk semua masyarakat di kampung. Terbaru ini pihak JKKK telah menganjurkan pertandingan badminton berpasangan (suami isteri) dan campuran bagi golongan belia. Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) turut sama hadir pada program ini dan menyampaikan sedikit sagu hati kepada semua peserta pertandingan. Program ini dengan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim dikalangan suami isteri dan penduduk setempat.
En Madzuki (Timbalan Pengerusi JKKK) turut sama menyertai program ini bersama isteri. Pasangan ideal...Puan Norli dan En Adnan.
Ajk JKKK...En Rahim dan isteri turut sama berentap...
Golongan belia turut sama dalam beraksi...
Pengerusi JKKK Bukit wan...sedang menyampaikan cendarahati kepada peserta program.
Tiga serangkai...sedang menunggu giliran untuk berentap.

22 April 2011

KAMPUNG BUKIT WAN JOHAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH
Kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan seluruh penduduk kampung Bukit Wan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi melayakkan Kampung Bukit Wan muncul Johan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010 bagi Kategori Luar Kawasan Operasi. Dengan kemenangan ini, JKKK Bukit Wan telah dihadiahkan wang tunai Rm 10,000 dan RM100,000 lagi bagi menjalankan projek projek didalam kampung serta semua ahli JKKK akan dibawa melawat negara Australia dan segala kosnya kan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Kulit buku atucara majlis

Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn Hj Chek Harun Ismail
sedang hadiah dari Menteri Besar Terengganu
Tim Pengerusi JKKK Bukit Wan...En Madzuki Abd Ghani
turut menerima hadiah dari Menteri Besar
Antara sebahagian orang ramai yang hadir pada
majlis tersebut
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said telah menyampaikan hadiah kemenangan itu di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Sawa, Marang pada 20 April 2011 yang baru lalu. Turut hadir pada majlis ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, PembangunanMasyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali. Selain dari menjadi johan pertandingan, JKKK Bukit Wan juga turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Kebersihan Persekitaran (jalan utama dan jalan kampung), kategori kebersihan Infrastruktur Dalam Kawasan dan Katogeri Keceriaan Lanskap. Kemenangan itu membolehkan mereka menerima wang tunai RM1,000 bagi setiap kategori.
Penyokong setia JKKK Bukit Wan...

Pengerusi JKKK Bukit Wan, Chek Harun Ismail, berkata sebaik sahaja kampung Bukit Wan dicalonkan mewakili daerah Kuala Terengganu dalam pertandingan ini pada September tahun lalu, hampir 90 peratus masyarakat di kampung Bukit Wan telah melibatkan diri dan menggandakan usaha membersih serta mengindahkan kawasan kampung. “Setiap hujung minggu, pada Jumaat dan Sabtu pastinya diadakan program bergotong-royong bagi memastikan setiap sudut dalam kampung kelihatan ceria, bersih dan indah dengan tanaman serta lanskap yang menarik. “Apa yang membanggakan, majoriti belia di kampung kami turut sama membantu. Suasana itu pastinya sukar ditemui di kampung lain dan ia memberi kelebihan kepada kami dalam memastikan matlamat dan slogan `Kampung Kita, Tanggungjawab Kita’ terlaksana,” katanya.

S/U JKKK Bukit Wan...En Ambak Ismail turut sama
kepentas untuk menerima hadiah

Perkara itu turut diakui Setiausaha JKKK En Ambak Ismail yang sentiasa menyuntik semangat kepada golongan muda untuk turut sama dalam sebarang aktiviti kampung dengan menjaga kebajikan dan keperluan golongan itu dalam setiap program, mahupun menyalurkan dana yang disediakan kerajaan sebaik mungkin. Selain kemenangan ini, Kampung Bukit Wan juga pernah memenangi johan Anugerah JKKK Cemerlang Daerah Kuala Terengganu 2010, tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah kebersihan serta Pengurusan Kubur Terbaik Peringkat Negeri 2010.

Pengerusi JKKK Bukit wan Tn Hj Chek Harun Ismail turut sama bergambar bersama piala kemenangan.

Ahli ahli AJK JKKK turut sama bergambar kenang kenangan bersama hadiah yang dimenangi

Kita makan dulu...

Orang orang penting disebalik tabir kejayaan ini...

Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama Dato Menteri Besar dan Dato SUK.

19 April 2011

JKKK BUKIT WAN MENERIMA KOMPUTER RIBA DARI KELAB REMAJA ISLAM MALAYSIA

Pada 18 April 2011 bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan, sebanyak lima buah komputer riba telah diberikan oleh Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM NEXTWORK) kepada JKKK Bukit Wan. Tujuan penyerahan ini adalah untuk membuka sebuah pusat IT bagi keguanaan para penduduk Kampung Bukit Wan. Majlis yang berlangsung pada jam 5.00 petang ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Dalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan ..Tn Hj Chek Harun Ismail, beliau amat berterima kasih kepada Kelab Remaja Islam Malaysia kerana sudi menghulurkan sumbangan komputer riba kepada JKKK untuk kegunaan seluruh penduduk kampung. Menurut beliau dengan pemberian ini ianya dapat menjadikan perancangan menubuhkan pusat IT telah berjaya diadakan. Dengan sumbangan seumpama ini ianya akan dapat memberikan kemudahan kepada para penduduk untuk lebih mendekatkan diri dengan penggunaan komputer dan ICT. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk yang hadir kerana sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program. Sementara itu dalam ucapan perhargaan oleh YB Haji Khazan Che Mat pula,beliau amat berterima kasih kepada Kelab Remaja Islam Malaysia kerana sudi menyumbangkan sebanyak 5 buah komputer riba kepada JKKK Bukit Wan. Dengan kehadiran dan pembukaan kelab IT di Bangunan KRT, beliau berharap agar para penduduk dapat menggunakan kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin. Beliau juga menekan betapa pada zaman kini penggunaan internet dan komputer adalah amat penting untuk meningkatkan mutu kerja."Dengan adanya pusat IT ianya akan dapat memudahkan lagi anak-anak kampung untuk belajar komputer dan memahirkan diri"katanya. Beliau juga turut berbangga dengan penubuhan kelab IT di Kampung Bukit Wan kerana telah banyak jasa yang dilakukan oleh para penduduk dalam mengharumkan nama Dun Batu Rakit. Sokongan yang padu dari para penduduk kampung amat dihargai oleh beliau.Kerjasama dan sikap muafakat yang ditonjolkan oleh para penduduk Kampung Bukit Wan perlu dicontohi dan diikuti. Beliau juga memberitahu betapa banyak JKKK dari luar untuk mengadakan lawatan bermaklumat ke Bukit Wan. Beliau berharap sokongan yang padu dapat dibrikan oleh para penduduk ketika pilihanraya nanti. Bagi beliau sokongan yang ditunjukkan oleh Bukit Wan telah membawa kepada terkenalnya Batu Rakit kini kepada orang luar.Turut bersama hadir dalam majlis penyampaian ini Encik Haniff Abdullah selaku Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad. DUNIA TANPA SEMPADAN DAN SEGALANYA BERKEMUNGKINAN

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (kanan) sedang menerima penyerahan komputer riba dari wakil Kelab Remaja Islam Malaysia Encik Amizul Abdul Razak (kiri) sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.

YB Batu Rakit..Ustaz Hj Khazan Che Mat ...sedang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut

Antara sebahagian penduduk kampung yang hadir Ustaz Khazan sedang melakukan gimik pelancaran
kelab IT Kampung Bukit Wan
Anak anak kampung turut memcuba komputer baru
Minum petang di akhir majlis

17 April 2011

GOTONG ROYONG DI PANCHUR KEMPAS BUKIT WAN

Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diperturunkan daripada nenek moyang kita khasnya yang tinggal di kampung kampung. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Semangat gotong-royong kini dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Namun di Kampung Bukit Wan adalah dibaliknya. Semangat bergotong royong dan bekerjasama terus menjadi sebahagian cara hidup masyarakat kampung. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” terus direalisasikan dan terbukti bahawa apabila setiap kali dimaklumkan adanya program gotong royong, maka ramailah yang turut serta dan bagai peringkat umur. Gotong royong pada kali ini diadakan khas untuk membersihkan kawasan sekitar Panchur Kempas iaitu kawasan pintu masuk ke kampung Bukit Wan. Pihak JKKK bercadang untuk mewujudkan satu kawasan rehat dan riadah disekitar kawasan tersebut. Program gotong royong ini diadakan pada 15 April 2011 yang lalu bermula jam 8.30 pagi dalam suasana meriah. Dalam kesibukan bergotong royong ada juga sebahagiannya kaum ibu meluangkan masa dengan merebus jagung manis dikawasan gotong royong tersebut. Pada sesi gotong royong kali ini, pihak JKKK telah menyediakan makan tengahari kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Berbincang sambil bergotong royong....

Antara sebahagian kaum ibu yang turut serta dalam program ini...

Jentolak turut digunakan bagi memudahkan kerja kerja...

10 April 2011

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN BUKIT WAN 2011

Persidangan UMNO Cawangan Kampung Bukit Wan telah berlangsung pada 8 April 2011 pada jam 9.150 malam bertempat di Bangunan KRT Bukit Wan. Persidangan ini telah dihadiri oleh kepimpinan peringkat bahagian serta penduduk kampung. Kehadiran ahli ahli umno amatlah menggalakan walaupun tiada pemilihan jawatankuasa.