30 September 2011

LAWATAN MUHIBBAH JKKK JALAN TEKUKUR KE KAMPUNG BUKIT WAN

KAMPUNG BUKIT WAN - 30hb September 2011- Dalam usaha mempelajari bagaimana cara untuk menjaga dan menghiasi kampung serta memupuk semangat saling berkerjasama diantara penduduk, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Terkukur Kuala Terengganu berserta 35 orang para penduduk telah mengadakan satu lawatan bermaklumat ke Kampung Bukit Wan hari ini. Rombongan ini telah tiba tepat jam 3.30 petang ini telah diketuai oleh Pengerusi JKKK dan juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu Encik Badrul Hisham Kamarulzaman. Pada lawatan ini JKKK Jalan Terkukur telah diberikan pelbagai taklimat tentang cara bagaimana hendak menimbulkan rasa maufakat dikalangan para penduduk. Tayangan video mengenai sejarah kampung,sikap kerjasama para penduduk dan kemenangan Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kampung turut dipertontonkan.Rombongan turut dibawa melihat sekitar kampung dan juga pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk kampung untuk menambah peningkatan ekonomi mereka. Kedai Roti,Taman Herba, cara-cara membuat ragi dan ternakan ayam serama turut diperlihatkan kepada anggota rombongan JKKK Jalan Terkukur. Lawatan ini telah berakhir pada jam 6.00 petang.

Selamat Datang Rombongan JKKK Jalan Tekukur ke Kampung Bukit Wan

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengerusi JKKK dan semua AJK JKKK Bukit Wan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Gong Lingai dan Pengerusi JKKK Bukit Nenasi serta Penghulu Mukim Batu Rakit

Ahli rombongan sedang menonton tayangan video..
"Kampung Bukit Wan Hari Ini"
Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn Hj Chek Harun Ismail sedang
menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir.
Pengusaha ragi...Ustaz Hj Ngah sedang menerangkan cara dan teknik
membuat ragi kepada peserta rombongan
Peserta rombongan sedang merasai sendiri keenakan tapai dibuat
dari ragi yang diusahakan.
Minum petang di Taman Herba
Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menerima cenderahati
kenang kenangan dari Pengerusi JKKK Jalan Tekukur
Lawatan ke kilang roti..."Rajin Sokmo Enterprise"

Peserta rombongan JKKK Jalan Terkukur Kuala Terengganu merakam kenangan bersama JKKK Kampung Bukit Wan, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka,Penghulu Bandar dan wakil Balai Polis Batu Rakit diakhir sesi lawatan di hadapan Bangunan KRT Bukit Wan.

18 September 2011

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2011 ANJURAN SINAR HARIAN DENGAN KERJASAMA JKKK DAN KRT BUKIT WAN

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kampung Bukit Wan 2011 telah berlangsung dalam suasana meriah dan mengembirakan. Program ini telah dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama JKKK dan KRT Kampung Bukit Wan. Majlis ini telah berlangsung pada 16 September 2011 pada jam 9.00 malam bertempat di Dataran KRT Bukit Wan. Kehadiran penduduk kampung dan masyarakat sekitarnya amatlah menbanggakan disamping kehadiran staf Sinar Harian yang bergitu ramai cukup memeriahkan suasana. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Khas YB Ustaz Khazan bin Che Mat (ADUN Batu Rakit) iaitu Ustaz Kamaruddin. Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian hadiah kepada ibubapa angkat yang telah mengambil anak anak angkat dalam beberapa minggu yang lalu. Pihak JKKK dan KRT Bukit wan telah menyediakan jamuan hari raya seperti lemang, tapai, mee goreng, nasi goreng, kerepok dan bermacam macam kuih kuih raya. Disamping itu juga untuk memeriahkan majlis hari raya itu, pihak Sinar Harian turut menganjurkan pertandingan karaoke lagu lagu raya dan lagu lagu patriotik. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang agak baik dimana beberapa peserta telah tampil dengan persembahannya dengan gayanya yang tersendiri. Pihak penganjur telah menyediakan beberapa hadiah istimewa iaitu pakej penginapan dua hari satu malam di Primula untuk dua pemenang serta beberapa hadiah dalam bentuk hamper dan cenderamata.
Poster promosi program
Sebahagian penduduk kampung yang hadir
Turut kelihatan...Ustaz Kamaruddin (Pegawai Khas Adun Batu Rakit)
Para petugas sistem audio
Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn HJ Chek Harun Ismail sedang
menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu angkat.
Pasangan duet lagu raya...Helmi dan staf Sinar Harian
Cik Azih ...turut sama muncul berirama
Staf staf Sinar Harian sedang menjamu selera
Sumbangan dari JKKK Bukit Wan kepada Sinar Harian
telah disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin
Staf Sinar Harian turut menyampaikan lagu lagu raya
Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan..En Madzuki sedang menyampaikan cenderahati kepada wakil Sinar Harian
Pak Ngah...turut tampil dengan persembahan yang mantap
Penulis blog...hulkali turut muncul menghiasi majlis
dengan dendangan lagu raya
Pasang duet...Cop dan CD dengan gaya yang
tersendiri mengamatkan suasana
Hulkali turut menerima sumbangan hamper dari Sinar Harian Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail)...sedang menerima cenderahati penghargaan dari pihak Sinar Harian sambil diperhatikan oleh Tim Pengerusi (En Madzuki Ghani) Pegawai Khas YB Batu Rakit (Ustaz Kamaruddin) dan AJK JKKK Bukit Wan.
Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar kenang kenangan dengan
staf staf Sinar Harian diakhir majlis.

17 September 2011

GOTONG ROYONG MEMBAKAR LEMANG

Bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat Kampung Bukit Wan, pihak JKKK telah bersepakat untuk mengadakan majlis membakar lemang secara bergotong royong dan telah dijalankan disatu kawasan lapang dibelakang Bangunan KRT. Ramai penduduk kampung turut serta khasnya kaum ibu. Lemang lemang ini adalah salah satu hidangan untuk istimewa untuk majlis rumah terbuka peringkat kampung yang bakal diadakan pada sebelah malam nanti yang turut dihadiri staf Sinar Harian.

MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN BAGI PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2011

Pada 12 September 2011, telah berlangsung satu majlis penghakiman Pertandingan Kebersihan Tanah Perkuburan bagi peringkat daerah Kuala Terengganu 2011. Majlis ini telah berlangsung di Bangunan KRT Bukit Wan. Barisan panel hakim yang terdiri dari berbagai jabatan kerajaan telah melawat tanah perkuburan untuk melihat lebih dekat tentang tahap kebersihan dan kemudahan yang disediakan untuk masyarakat.
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan dan panel hakim berada di Wakaf Perkuburan.
Sesi soal jawab sedang berlangsung Makan tengahari setelah selesai majlis penghakiman

15 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA (16 SEPTEMBER)

Selamat Hari Malaysia...
16 September 1963.
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan mengucapkan Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua penduduk Kampung Bukit Wan khasnya dan semua rakyat Malaysia secara amnya.

10 September 2011

KENDURI ARWAH DAN NAIK RUMAH BARU

Kampung Bukit Wan - Pada 9 September 2011 telah diadakan satu majlis kenduri arwah dan naik rumah baru ajk JKKK iaitu Cik Esah binti Abdullah. Kenduri ini telah lama dirancang dan dijalankan dengan kerjasama masyarakat sekampung khasnya kaum ibu. Banyak kerja yang dijalankan secara bergotong royong antaranya masak memasak dan persiapan tempat makan. Satu majlis bacaan Yassin oleh kaum wanita telah diadakan pada malam Jumaat serta satu majlis solat hajat telah diadakan di rumah tersebut. Sementara itu satu majlis tahlil juga turut diadakan di Masjid Bukit Wan setelah selesai solat Jumaat. Antara lauk pauk yang disediakan ialah gulai ayam kampung, sayur labu air, rojak betik. tapai dan bermacam macam jenis kuih raya. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Hj Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan isteri (Puan Hjh Nik Aini binti Nik Soh).
Ketibaan tetamu
Kehadiran orang kampung yang bergitu ramai.
S/U JKKK ...En Ambak Ismail...sedang bertanya sesuatu kepada
Tuan Iman (Pok Su Aji) sambil menjamu selera.
Blogger hulkali ... turut sama hadir....