19 Oktober 2011

PESURUHJAYA JHEAT KE KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 20hb Oktober 2011 bertempat di Masjid Kampung Bukit Wan telah diadakan Program Turun Padang Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) ke Kampung Bukit Wan bagi mewakili Daerah Kuala Terengganu, satu kuliah maghrib dan juga perjumpaan Iman/Bilal seluruh daerah Kuala Terengganu telah diadakan disini. Kuliah Maghrib ini telah bermula selepas solat maghrib dengan ucapan alu-aluan dari YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Dalam ucapan yang diberikan oleh YB Haji Khazan, beliau berharap agar para jemaah yang hadir pada kuliah maghrib ini sentiasa menjadikan masjid sebagai tempat yang utama didalam beribadat. "Biarkan jiwa kita terasa janggal jika tidak ke masjid untuk bersolat dan perkara ini jika kita amalkan pasti akan menjadi sebati dengan kita" kata beliau.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JHEAT kerana sudi menjadikan Batu Rakit sebagai tuan rumah pada program turun padang kali ini.Kerjasama dari seluruh JKKK dan warga yang terlibat pada program ini turut mendapat ucapan terima kasih dari beliau sebagai tanda perhagaan kepada setiap program yang dijalankan di Dun Batu Rakit. Sementara itu dalam kuliah maghrib yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Agama Haji Mohd Rodzali Salleh pula,beliau menyatakan setiap pekerjaan dan perkara yang melibatkan agama dalah sangat mulia.Beliau mahukan para pegawai dan juga jemaah yang hadir agar sentiasa menjadikan setiap pekerjaan itu perkara yang mulia. Dalam pada itu.beliau turut memaklumkan bahawa program yang dialakukan oleh JHEAT ini adalah untuk mendekatkan lagi kemesraan antara masyarakat dengan JHEAT. Disamping itu juga untuk mengenal pasti masjid-masjid yang dikendalikan oleh JHEAT didalam Daerah Kuala Terengganu.Kuliah Maghrib ini turut dihadiri oleh Iman/Bilal dari seluruh masjid di Daerah Kuala Terengganu. Sokongan dari para penduduk Kampung Bukit Wan dan juga Pengerusi-Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit berjaya mencatat kehadiran seramai 350 orang jemaah.Progaram yang turut dihadiri oleh APMT Dun,Pergerakan Pemuda Dun,Wakil Balai Polis Batu Rakit,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka serta Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun ini turut menyediakan hidangan makan malam kepada seluruh jemaah yang hadir. Sempena kuliah ini juga,Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun turut menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Agama dan juga YB Haji Khazan.

Kain rentang program

Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan dan ahli ajk masjid sedang menunggu kehadiran ahli jemaah.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM ANAK ANGKAT KTB

Pada 15 Oktober 2011, Majlis Penutup Program Bakti Siswa Kolej Teknologi Bestari (KTB) telah diadakan bermula jam 3.00 petang. Majlis ini telah berlangsung di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan dan telah disempunakan oleh Dato' Dr. Hj. Tengku Mahmud bin Mansor selaku Ahli Lembaga Pengarah KTB. Dalam majlis ini Dato' Dr Hj Tengku Mahmud telah menyampaikan cenderahati kenang kenangan kepada JKKK Kampung Bukit Wan.

12 Oktober 2011

PROGRAM BAKTI SISWA KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI DI KAMPUNG BUKIT WAN

Kampung Bukit Wan...13hb Oktober 2011-"Untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan sentiasa maju untuk terus bersaing pada era globalisasi,kecemerlangan didalam bidang akedemik sahaja tidak cukup untuk berjaya kearah itu,pelajar perlu keluar dari bilik kuliah dan menyelami kehidupan masyarakat kerana iannya akan menjadi panduan yang berguna suatu hari nanti" demikian ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat sempena Perasmian Program Bakti Siswa Kolej Teknologi Bestari di Pusat KRT Bukit Wan.Beliau berkata,program-program yang memerlukan pelajar keluar dan bergaul dengan masyarakat adalah amat penting untuk menjadikan para pelajar lebih bermotivasi. "Dengan peluang yang ada untuk menghayati kehidupan masyarakat,ianya sedikit sebanyak akan mematangkan para pelajar apabila keluar dari kolej nanti dan seterusnya menjadikan pengalaman itu sesuatu yang bernilai sebagai panduan hidup"tambah beliau lagi. Beliau turut mengingatkan agar para pelajar sentiasa menanam rasa cinta dan suka untuk terus belajar.Kehidupan pada masa akan datang menurut beliau lagi amat mencabar dan dunia akan datang hanya memerlukan yang terbaik bagi segala aspek pekerjaan.Sementara itu didalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Penasihat Program Encik Mohd Zubaidi Abdul Samad pula,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YB Haji Khazan,JKKK Bukit Wan dan seluruh warga kerja yang terlibat nmenjayakan Program Bakti Siswa. "Tanpa sokongan yang jitu kita tidak akan berjaya menjayakan program ini dengan sebaik mungkin"kata beliau. Beliau turut berharap agar para ibubapa yang menerima anak-anak angkat dikalangan pelajar akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan.Kepada para pelajar beliau turut menasihati agar sentiasa belajar dari pengalaman yang diperolehi untuk terus berjaya.Selapas majlis perasmian program,satu majlis penyerahan anak-anak angkat dikalangan pelajar untuk penduduk kampung Bukit Wan juga telah dilaksanakan oleh YB Haji Khazan. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri dari 12 lelaki dan 28 perempuan telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chek Harun pula,beliau memaklumkan bahawa program anak angkat oleh Kolej Teknologi Bestari ini adalah yang ke lapan diterima oleh pihak JKKK Bukit Wan. "Banyak juga permohonan dari pusat-pusat pengajian tinggi yang terpaksa kami tolak kerana bertindih dengan pemohonan yang telah dilakukan oleh pihak terdahulu"kata beliau.Beliau juga memohon agar para ibubapa angkat agar dapat menjaga para pelajar dengan sebaik-baiknya. Mengakhiri ucapan beliau,ucapan terima kasih kepada YB Haji Khazan turut diberi kerana sentiasa menyokong setiap program yang dijalankan oleh JKKK Bukit Wan.

Ketibaan pelajar pelajar dari Kolej Teknologi Bestari.

Ketibaan YB Ustaz Khazan Che Mat disambut oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan dan Pegawai Kolej Teknologi Bestari.

YB Ustaz Khazan sedang menandatangani sijil cenderamata sebagai tanda perasmian program.

Barisan kepimpinan JKKK dan penduduk kampung yang memeriahkan majlis.

YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan ucapan
alu aluan. Penyerahan cenderahati oleh Pegawai KTB kepada YB Ustaz Khazan sambil diperhatikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat.
S/U JKKK Bukit wan..En Ambak Ismail turut menerima
angkat angkat.
Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan..En Madzuki juga
mengambil anak anak angkat.

Pengerusi JKKK Bukit wan..Tn HJ Chek Harun Ismail dan isteri bersama anak angkat.

09 Oktober 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA PELAJAR KKABR

Pada 10 Oktober 2011, Kampung Bukit Wan telah didatangi oleh pelajar pelajar dari Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit dan pelajar dari Kolej Kejururawatan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Rombangan dari kolej kolej ini telah tiba diKampung Bukit Wan pada jam 8.30 pagi dan telah disambut oleh kepimpinan JKKK Kampung Bukit Wan serta orang orang kampung. Majlis taklimat program telah diadakan di Bangunan KRT Bukit Wan yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun Ismail. Program ini bermula dengan diadakan gotong royong sekitar kampung serta diikuti dengan acara sukan untuk kanak kanak. Pada sebelah petang pula diadakan perlawanan futsal dan bola jaring serta perlawanan bola sepak. Majlis penutup program ini telah diadakan pada jam 9.00 malam.