30 Disember 2011

ANUGERAH KHAS UNTUK JKKK BUKIT WAN

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah dianugerahkan satu "Anugerah Khas" di Majlis Malam Nur Hijrah 1433 ini telah diadakan pada 29 Disember 2011 di Dataran Perumahan R.A.K.R Mengabang Lekar Batu Rakit Kuala Terengganu. Majlis ini telah merupakan acara tahunan yang telah diilhamkan oleh YB Ustaz Hj Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit. Penganugerahan ini diberikan kerana JKKK Bukit Wan telah banyak mengharumkan nama Batu Rakit dan Daerah Kuala Terengganu dalam beberapa pertandingan kebersihan kampung dan juga pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) sehingga keperingkat negeri. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh YB Ustaz Hj Khazan bin Che Mat. Semoga JKKK Bukit Wan akan terus cemerlang dimasa masa yang akan datang.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail)
...sedang menerima hadiah penghargaan dari YB Uztaz Hj
Khazan bin Che Mat (ADUN Batu Rakit)
Barisan tetamu vip yang hadir pada majlis tersebut.

KECERIAAN KAMPUNG

11 Disember 2011

MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011

Pada 11 Disember 2011 bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan telah berlangsung satu majlis yang sekian lama ditunggu tunggu dengan perasaan berdeber. Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri Terengganu 2011. Kampung Bukit Wan mewakili daerah Kuala Terengganu untuk peringkat negri pada tahun ini. Setelah sekian lama dengan bertungkus lumus siang dan malam untuk menyediakan segala keperluan termasuklah profail kampung yang terkini, kebersihan dan keceriaan kampung serta keceriaan dewan penghakiman. Sehari sebelum majlis sebenar, pihak JKKK telah mengadakan satu latihan raptai bagi memudahkan perjalanan majlis agar berjalan lancar seperti dirancang.
Tepat jam 10.15 pagi, rombongan panel hakim telah tiba di Kampung Bukit Wan dengan menaiki sebuah bas. Kedatangan panel hakim ini telah disambut dipintu masuk kampung oleh ahli Kelab Motor Bukit Wan (KMBW) dan pasukan basikal Fixie yang terdiri dari belia belia kampung. Panel hakim ini diarakkan disepanjang jalan utama kampung bagi untuk melihat keadaan sebenar kampung Bukit Wan. Selepas itu panel hakim ini terus dibawa ke masjid dimana pihak kepimpinan kampung sedang menunggu disana. Pasukan panel hakim ini disambut oleh kepimpinan kampung yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun bin Ismail serta barisan kepimpinan kampung dan penduduk kampung. Pada majlis itu juga ia turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit), penghulu kanan dan juga penghulu mukim. Para hakim ini diarakkan sekali lagi dengan diiringi paluan kompang dan pasukan berzanji. Setelah sampai di Dataran KRT, lagu Negara Ku dinyanyikan dan diikuti dengan lagu rasmi kampung (Kampung Ku Gemilang). Setelah itu, barulah para para hakim dibawa masuk ke dewan dan bermulalah majlis penghakiman. Sebelum Pengerusi JKKK menyampaikan taklimat, satu tayangan video (Kampung Bukit Wan Hari Ini) telah ditayangkan kepada panel hakim dan semua yang hadir.
Majlis penghakiman ini berlangsung dalam suasana ceria dan berhenti rehat pada jam 1.00 tengahari dan bersambung semula pada jam 2.15 petang. Majlis penghakiman ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. Sebelum panel hakim ini berlepas pulang, sesi bergambar telah diadakan dihadapan Bangunan KRT Bukit Wan dengan melibatkan semua para hakim dan barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan. Secara amnya pihak JKKK Bukit Wan amat berpuashati diatas sepanjang perjalanan majlis. Dan yang nyata pihak JKKK Bukit Wan telah melakukan yang terbaik dan terserah kepada kebijaksana para para hakim untuk menilaikannya.
"SEMOGA KECEMERLANGAN TERUS BERSAMA KITA"

Kain rentang Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang
(ADC) Kampung Bukit Wan
Ahli Kelab Motor Bukit Wan (KMBW) dan pasukan
basikal Fixie sedang menunggu kedatangan para hakim
dipintu masuk kampung
Ahli JKKK Bukit Wan sedang menyambut ketibaan para para
hakim
Para hakim diarakkan ke Dewan Penghakiman. Nyanyian lagu Negara Ku dan lagu rasmi kampung dilangsungkan. Menghormati lagu Kebangsaan dan lagu kampung. Kumpulan Koir Kampung Bukit Wan yang mendendangkan lagu kampung (Kampung Ku Gemilang)
Tanda sokongan...kehadiran penduduk kampung yang
bergitu ramai walaupun dalam hujan.
YB Ustaz Khazan turut hadir dan menyampaikan sedikit
ucapan sebelum majlis penghakiman berlangsung.
Barisan panel hakim yang terdiri dari 7 jabatan.
Bacaan doa sebelum majlis bermula
Pengerusi JKKK Bukit Wan ...Tn Hj Chek Harun bin
Ismail sedang menyampaaikan taklimat kepada hakim.
Turut hadir...Penghulu Khairul Anuar
(Batu Rakit / Bukit Cempaka)
dan Penghulu Mohd Zamari (Mukim Bandar)
Suasana dalam dewan penghakiman....
Terima kasih kepada semua hakim ...mungkin itulah
yang diucapkan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Bergambar kenang kenangan bersama semua para para
hakim dan barisan kepimpinan Kampung Bukit wan
serta penghulu kanan dan penghulu mukim.

10 Disember 2011

MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011

Pada 11 Disember 2011 bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan telah berlangsung satu majlis yang sekian lama ditunggu tunggu dengan perasaan berdeber. Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri Terengganu 2011. Kampung Bukit Wan mewakili daerah Kuala Terengganu untuk peringkat negri pada tahun ini. Setelah sekian lama dengan bertungkus lumus siang dan malam untuk menyediakan segala keperluan termasuklah profail kampung yang terkini, kebersihan dan keceriaan kampung serta keceriaan dewan penghakiman. Sehari sebelum majlis sebenar, pihak JKKK telah mengadakan satu latihan raptai bagi memudahkan perjalanan majlis agar berjalan lancar seperti dirancang.
Tepat jam 10.15 pagi, rombongan panel hakim telah tiba di Kampung Bukit Wan dengan menaiki sebuah bas. Kedatangan panel hakim ini telah disambut dipintu masuk kampung oleh ahli Kelab Motor Bukit Wan (KMBW) dan pasukan basikal Fixie yang terdiri dari belia belia kampung. Panel hakim ini diarakkan disepanjang jalan utama kampung bagi untuk melihat keadaan sebenar kampung Bukit Wan. Selepas itu panel hakim ini terus dibawa ke masjid dimana pihak kepimpinan kampung sedang menunggu disana. Pasukan panel hakim ini disambut oleh kepimpinan kampung yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun bin Ismail serta barisan kepimpinan kampung dan penduduk kampung. Pada majlis itu juga ia turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit), penghulu kanan dan juga penghulu mukim. Para hakim ini diarakkan sekali lagi dengan diiringi paluan kompang dan pasukan berzanji. Setelah sampai di Dataran KRT, lagu Negara Ku dinyanyikan dan diikuti dengan lagu rasmi kampung (Kampung Ku Gemilang). Setelah itu, barulah para para hakim dibawa masuk ke dewan dan bermulalah majlis penghakiman. Sebelum Pengerusi JKKK menyampaikan taklimat, satu tayangan video (Kampung Bukit Wan Hari Ini) telah ditayangkan kepada panel hakim dan semua yang hadir.
Majlis penghakiman ini berlangsung dalam suasana ceria dan berhenti rehat pada jam 1.00 tengahari dan bersambung semula pada jam 2.15 petang. Majlis penghakiman ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. Sebelum panel hakim ini berlepas pulang, sesi bergambar telah diadakan dihadapan Bangunan KRT Bukit Wan dengan melibatkan semua para hakim dan barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan. Secara amnya pihak JKKK Bukit Wan amat berpuashati diatas sepanjang perjalanan majlis. Dan yang nyata pihak JKKK Bukit Wan telah melakukan yang terbaik dan terserah kepada kebijaksana para para hakim untuk menilaikannya.
"SEMOGA KECEMERLANGAN TERUS BERSAMA KITA"

Kain rentang Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang
(ADC) Kampung Bukit Wan
Ahli Kelab Motor Bukit Wan (KMBW) dan pasukan
basikal Fixie sedang menunggu kedatangan para hakim
dipintu masuk kampung
Ahli JKKK Bukit Wan sedang menyambut ketibaan para para
hakim
Para hakim diarakkan ke Dewan Penghakiman. Nyanyian lagu Negara Ku dan lagu rasmi kampung dilangsungkan. Menghormati lagu Kebangsaan dan lagu kampung. Kumpulan Koir Kampung Bukit Wan yang mendendangkan lagu kampung (Kampung Ku Gemilang) Tanda sokongan...kehadiran penduduk kampung yang bergitu ramai walaupun dalam hujan. YB Ustaz Khazan turut hadir dan menyampaikan sedikit ucapan sebelum majlis penghakiman berlangsung.
Barisan panel hakim yang terdiri dari 7 jabatan.
Bacaan doa sebelum majlis bermula
Pengerusi JKKK Bukit Wan ...Tn Hj Chek Harun bin
Ismail sedang menyampaaikan taklimat kepada hakim.
Turut hadir...Penghulu Khairul Anuar
(Batu Rakit / Bukit Cempaka)
dan Penghulu Mohd Zamari (Mukim Bandar)
Suasana dalam dewan penghakiman....
Terima kasih kepada semua hakim ...mungkin itulah
yang diucapkan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Bergambar kenang kenangan bersama semua para para
hakim dan barisan kepimpinan Kampung Bukit wan
serta penghulu kanan dan penghulu mukim.

08 Disember 2011

JKKK BUKIT WAN DIANUGERAH JKKK CEMERLANG 2011

Pada 6 Disember 2011, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah ditabalkan sekali lagi sebagai JKKK paling cemerlang dalam daerah Kuala Terengganu pada tahun 2011. Kejayaan ini adalah kejayaan kali ke 2 secara berturut turut dimana pada tahun 2010 JKKK Bukit Wan juga telah diberi anugerah yang sama. Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan di Taman Tamaduan Islam Kuala Terengganu yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail. Dalam anugerah ini terdapat 192 buah JKKK dalam daerah Kuala Terengganu yang menyertai penganugerahan ini. Ternyata dengan kejayaan ini, maka nama JKKK Bukit Wan akan terus menjadi bualan dan sebutan dimasa masa akan datang. Kejayaan ini cukup bermakna bagi pihak JKKK malah seluruh penduduk kampung turut berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan ini juga turut dikongsi oleh Adun Batu Rakit iaitu YB Tn Hj Ustaz Khazan bin Che Mat. Beliau banyak memberi sokongan moral mahu pun dalam bentuk sumbangan kewangan. Kejayaan adalah hasil berkat usaha pihak JKKK dengan kerjasama semua penduduk kampung. Dengan semangat "Kampung Kita Tanggungjawab Kita" maka segala gerak kerja didalam kampung dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail)
sedang menerima hadiah yang disampaikan oleh Pegawai
Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Hj Wan Nawawi bin Ismail.
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama sama pegawai Daerah Kuala Terengganu, YB Adun Batu Rakit, Penghulu Kanandan Penghulu Penghulu Mukim.