06 Mac 2012

SEHARI BERSAMA PELAJAR INSTITUT PERGURUAN DATO' RAZALI

Pada 2 Mac 2012 (Jumaat), satu rombongan pelajar pelajar dari Institut Perguruan Dato' Razali Ismail telah tiba di Kampung Bukit Wan tepat jam 8.15 pagi. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh barisan kepimpinan JKKK Kampung Bukit Wan yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail). Program sehari bersama pelajar pelajar perguruan ini akan menjalankan aktiviti bergotong royong disamping dapat mempelajari cara dan suasana kehidupan dikampung. Satu majlis taklimat tentang Kampung Bukit Wan telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukiit Wan. Namun sebelum itu satu tayangan video (Kampung Bukit Wan Hari Ini) telah ditayangkan dan turut diadakan sesi soaljawab. Pihak JKKK telah menyediakan satu hidangan makan tengahari kepada semua yang hadir pada program tersebut. Pada sebelah petang diadakan perlawanan bolajaring antara pelajar dengan penduduk kampung. Pelajar pelajar juga diberi peluang untuk bermain gasing pangkah dan sesi pertunjukkan permainan gasing turut diadakan.

 Ketibaan pelajar pelajar Institut Perguruan Dato Razali Ismail. 
Gotong royong bersih masjid

 
Tangan kiri yang kreatif.....
Makan tengahari berjemaah...lauk ala kampung..best.

 Taklimat permainan gasing oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan

Pelajar pelajar ditunjuk ajar cara bermain gasing...