26 April 2012

PROGRAM INOVASI

Program Inovasi yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Kempas bermula jam 10 pagi dan disebelah petangnya di Dataran KRT Bukit Wan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Sains Terengganu. Urusetia program ialah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Program ini dijalankan adalah bagi tujuan mengkaji salah satu sumber kekayaan baru dikampung Bukit Wan iaitu "Ibu Gadung". Sumber kekayaan baru ini mampu memberi impak kepada ekonomi sama ada dalam bentuk makanan ataupun perubatan. Rombongan dari Yayasan Inovasi Malaysia seramai 20 orang telah selamat di Kampung Bukit Wan. Mereka ini terdiri dari berbagai agensi dan juga universiti tempatan. Tujuan utama rombongan ini adalah untuk mengetahui dan cara memproses ubi gadung dengan lebih terperinci dan selamat. Pengusaha ibu gadung iaitu Puan Hajjah telah ditemubual oleh ahli rombongan ini secara lebih terperinci. Disamping itu segala perbualan dan temuramah tersebut telah dirakam dalam bentuk video.