30 Jun 2012

KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UMNO BUKIT WAN

Pada 29 Jun 2012, satu Kejohanan Futsal telah diadakan di Kampung Bukit Wan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan dengan kerjasama JKKK. Kejohanan ini berlangsung selama satu hari dan melibatkan seluruh penduduk kampung. Kejohanan ini dibahagikan kepada 3 ketagori iaitu bawah 40 tahun dan 41 tahun keatas serta terbuka wanita. Kejohanan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim penduduk kampung. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hj Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit). Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Pemuda DUN iaitu En Nazri dan Ketua Polis Balai Batu Rakit.

 
 

21 Jun 2012

LAWATAN MUHIBBAH JKKKP DARI BALING KEDAH

Seramai 42 orang peserta rombongan dari empat buag JKKK dari daerah Baling Kedah telah datang ke Kampung Bukit Wan. Lawatan bermaklumat ini dianjurkan oleh KKLBW telah diuruskan oleh Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Lawatan selama 3 hari 2 malam itu cukup bermakna bagi peserta ini kerana mereka akan dijadikan anak angkat kepada penduduk kampung. Pengisian program adalah ini cukup dapat kerana banyak aktiviti telah dijadualkan. Antaranya lawatan ke kilang roti, perusahaan buat ragi, perusahaan ayam serama, demotrasi permainan gasing, dan melawat tempat tempat menarik disekitar kampung Bukit Wan. Dalam pada itu juga rombongan ini telah didedahkan rahsia kejayaan Kampung Bukit Wan serta ia diberi satu taklimat khas oleh Pengerusi JKKK dan juga setiausaha JKKK. Selain itu rombongan ini dapat melihat sendiri bagaimana JKKK Kampung Bukit Wan menjalankan mesyuarat bulanan JKKK.