13 Ogos 2012

PERTANDINGAN PELITA MERDEKA RAYA 2012




Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan sentiasa berusaha dan memikirkan program untuk penduduk kampung yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Pada 11 Ogos 2012 satu Pertandingan Pelita Merdeka Raya telah berlangsung dengan meriahnya diseluruh kampung. Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negera dan sambutan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Pertandingan ini yang bertemakan "Merdeka Raya" telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh penduduk kampung. Hampir setiap rumah menyertai pertandingan ini dengan berbagai persiapan serta kemampuan sendiri. Pertandingan ini yang bermula jam 9.30 malam (11Ogos 2012) dengan berbagai aneka corak dan berwarna warni. Suasana kampung bagaikan satu pesta yang cukup meriah.


Api pelita yang disusun rapi dan menampakan perkataan
"Merdeka Aidil Fitri 1 Malaysia"

Dalam pertandingan ini pihak JKKK telah mengariskan beberapa syarat dan peraturan bagi memudahkan panel hakim menghakimi pertandingan. Antaranya, segala bahan dan peralatan yang digunakan adalah dari bahan terbuang dan berunsurkan kesenian tradisional. Pihak JKKK juga telah melantik beberapa orang hakim dari luar kampung untuk menghakimi pertandingan ini. Ternyata kesungguhan dari penduduk kampung dapat dilihat dengan terdirinya berbagai bentuk menara dan rekplika tersohor negara dengan kadar kos pembinaan yang agak tinggi. Ternyata penduduk kampung sentiasa peka dan menghayati setiap program yang dianjurkan oleh pihak JKKK.   



Sebahagian penduduk kampung sedang merakam salah satu reka bentukyang dipertandingkan.









Pelita buatan sendiri yang digunakan dalam pertandingan ini.
Para para hakim sedang bermesyuarat dan berbincang untuk mencari pemenang.

03 Ogos 2012

PERTANDINGAN KAMPUNG MERDEKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Buat pertama kali, pada tahun ini Kampung Bukit Wan akan menyertai Pertandingan Kampung Merdeka Peringkat Kebangsaan 2012. Pihak JKKK dan seluruh warga kampung kini bergitu rancak menghiasi kampung dengan mengibarkan jalur gemilang dirumah rumah kediaman, dikenderaan dan juga kawasan strategik disekitar kampung. Tujuan utama pertandingan ini adalah bagi menyemarakkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung yang berbilang kaum dan agama sempena bulan kemerdekaan. 
Antara kriteria penilaian ialah :-
1. Kepelbagaian aktiviti sambutan
2. Kreativiti, inovasi dan keceriaan sambutan
3. Penyertaan masyarakat kampung
4. Kewujudan mercu tanda/ papan tanda/ poster yang berkonsepkan kemerdekaan, patriotisma dan kecintaan kepada negara.
5. Kemeriahan pengibaran Jalur Gemilang
6. Memiliki ciri ciri kampung cemerlang khususnya tujug aspek iaitu kekuatan kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kebersihan dan kesihatan, kerohanian dan sivik, keceriaan dan keindahan serta teknologi maklumat.
Pihak JKKK amat berharap agar seluruh penduduk sama sama menyahut cabaran ini. Kini kita berada dilandasan yang tepat bagi merealisasikan impian ini. 
"Kampung Kita Tanggungjawab Kita"

02 Ogos 2012

MESYUARAT KHAS JKKK DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

 Mesyuarat Khas dan Majlis Berbuka Puasa JKKK Bukit Wan
Tempat: Bangunan PRT Bukit Wan.
Tarikh:25/7/2012. Masa:5.30 petang.
Turut Hadir: Penghulu Kanan,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka dan Ketua Balai Polis Batu Rakit.