12 Februari 2013

PERTANDINGAN PAKAIAN PALING HODOH

Pertandingan "Pakaian Paling Hodoh" adalah satu satu acara sukan yang paling ditunggu tunggu oleh penonton. Acara ini merupakan acara kemuncak bagi Program Sukaneka Kampung Bukit Wan 1/2013. Pertandingan ini cukup unik dan jarang diadakan dilain lain tempat. Aspek penghakiman akan dinilai dari kreativiti dan idea peserta.











11 Februari 2013

KEMERIAHNYA SUKANEKA KG BUKIT WAN "SUKAN TELAH MENYATUKAN KITA"

Sukanneka Kampung Bukit Wan 1/2013 sememangnya cukup meriah dan berada dikelasnya yang tersendiri. Apa yang membanggakan ialah sukaneka kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh orang orang muda iaitu ahli Persatuan Futsal Bukit Wan (PFBW). Lebih daripada 45 acara telah dipertandingkan dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah Orang Muda khasnya Kepimpinan Persatuan Futsal. Segala idea dan perancangan cukup mantap dan teratur. Yang pasti..."Sukan Telah Menyatukan Kita" Terima Kasih Persatuan Futsal dan Terima Kasih JKKK Bukit Wan. Segala apa yang dilakukan akan dihargai dan akan dikenang.


Poster promosi Sukaneka

Dari meja urusetia

Acara basikal lambat
 Golek tayar












09 Februari 2013

KONSERT GEGAR LIVE DARI ANGIN BAND

 Pada 8 Februari 2013 bertempat di Gelanggang Futsal Kampung Bukit Wan telah berlangsung satu persembahan konsert yang julung julung kali diadakan. Kumpulan muzik yang terdiri dari anak anak Kampung Bukit Wan ingin menunjukkan bakat mereka yang terpendam. Konsert ini telah dirancang sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Konsert ini telah dijayakan dengan kerjasama JKKK dan KRT Bukit Wan. Konsert ini yang bertemakan Belia Benci Dadah dan Kempin Tutup Aurat ini mendapat sambutan yang cukup hangat dari penduduk kampung dan juga dari kampung kampung sekitarnya. Sebelum konsert ini bermula, Pengerusi JKKK Bukit Wan telah menyampaikan ucapan alu aluan  sebagai tanda sokongan.








08 Februari 2013

MAKLUMAN...PERSATUAN FUTSAL KG BUKIT WAN (PFBW) DENGAN KERJASAMA JKKK BUKIT WAN AKAN MENGANJURKAN SUKANEKA KHAS UNTUK SEMUA WARGA BUKIT WAN YANG BAKAL DIADAKAN PADA 9 - 10 FEB 2013. SEMUA WARGA BUKIT WAN DIJEMPUT DAN DIALU ALUKAN HADIR BAGI MEMERIHKAN TEMASYA INI.
 "SUKAN AKAN MENYATUKAN KITA".

KONSERT GEGAR LIVE BAND DARI ANGIN BAND

Persembahan Pentas "Konsert Gegar" dari Angin Band (Live Band) akan berlangsung pada 8 Feb 2013 di Gelanggang Futsal Kg Bukit Wan bermula jam 9.00 malam. Angin Band merupakan satu kumpulan muzik yang baru ditubuhkan dan ia terdiri dari anak anak Kampung Bukit Wan. Persembahan ini bertemakan "Belia Benci Dadah Dan Belia Tutup Aurat" Terdapat juga beberapa acara sampingan turut diadakan termasuk Teka Biji Betik dan Cabutan Bertuah. Makan Malam turut disediakan. Semua dijemput hadir...