02 Disember 2013

HOMESTAY

KELAB SNOOKER BELIA BUKIT WAN




Permainan snooker atau nama lain “billiard” adalah jenis sukan yang diminat oleh golongan muda. Dengan usaha pemuda dan juga pihak JKKK Bukit Wan, kini terdapat satu pusat snooker  dikampung Bukit Wan yang dikenali Pusat Snooker Generasi “Y” Bukit Wan. Ia ditubuhkan pada Julai 2013. Okjebtif utama penubuhan pusat ini adalah untuk membendung golangan belia dari terdedah dengan gejala sosial dan unsur unsur negatif. Pusat ini dibuka dari jam 2.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari. Dengan wujudnya pusat ini, maka golongan belia dapat bermain dan berkumpul serta bertukar tukar fikiran. Pusat ini dipantau oleh JKKK supaya ia tidak terdedah dengan unsur unsur negatif yang menggagalkan okjebtif penubuhannya. Sehingga kini Pusat Snooker Generasi “Y” memberi impak yang amat berguna untuk generasi muda kerana ia berfungsi sebagai tempat riadah yang mudah dikawal selia oleh pihak JKKK.