22 Februari 2015

KEMERIAHAN SUKANEKA PDM BUKIT WAN 1/2015.


Program sukaneka PDM Bukit Wan ini dijayakan dengan melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Bukit Wan, Kampung Bukit Nenasi, Kampung Gong Lingai dan Kampung Lingai. Kehadiran penduduk kampung amat menggalakan dan ia berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Banyak acara acara menarik disediakan termasuk cabutan bertuah. Program ini adalah hasil cetusan idea YB Tuan Haji Bazlan Abd Rahman (ADUN Batu Rakit) . Terima kasih YB.
















MESYUARAT KHAS PDM BUKIT WAN DENGAN AHLI PARLIMEN DAN YB DUN.


Mesyuarat khas PDM Bukit Wan dengan Ahli Parlimen (Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh) Dan YB Adun (Tn Hj Bazlan Abd Rahman) (1/2015) telah berlangsung di Bangunan KRT Bukit Wan. Ia dihadiri oleh semua Pengerusi J3K dalam PDM Bukit Wan yang terdiri dari Kampung Bukit Wan, Kampung Gong Lingai, Kampung Bukit Nenasi dan Kampung Lingai dan turut disertai oleh Penghulu Mukim Batu Rakit / Bukit Chempaka (Wan Mohd Suhaimi). Banyak perkara telah dibangkitkan dan dijelaskan serta perancangan dimasa depan untuk kebaikan semua pihak khasnya penduduk kampung dalam PDM Bukit Wan. Keadilan dan Kesaksamaan perlu direalisasikan agar gelombangan Tranformasi dapat dirasai nanti.









18 Februari 2015

MESYUARAT PERTAMA LEMBAGA PENGARAH KOPERASI KAMPUNG BUKIT WAN KUALA TERENGGANU BERHAD.

 Pada 17 Ferbuari 2015 merupakan detik bersejarah bagi Kampung Bukit Wan kerana inilah pertama kali diadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Kampung Bukit Wan Kuala Terengganu Berhad. Mesyuarat ini yang bermula pada jam 9.00 malam telah dihadiri oleh semua lembaga pengarah. Banyak perkara perkara yang dibincangkan termasuk halatuju koperasi dimasa  dan juga perancangan. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Batu Rakit / Bukit Chempaka iaitu Wan Mohd Suhaimi. 






24 Disember 2014

MAJLIS TAKLIMAT DAN GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROJEK EKONOMI DESA LESTARI 2015.


Di Putrajaya... Kampung Bukit Wan antara 10 buah kampung dari 75 buah kampung dalam Malaysia yang memenangi Pertandingan Anugerah Desa Lestari Abad Ke 21 tahun 2014. Dengan kemenangi ini Kampung Bukit Wan akan menerima hadiah berbentuk projek pembangunan dan ekonomi yang bernilai JUTAAN ringgit yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Koperasi Anak Kampung Bukit Wan.