22 November 2010

PROGRAM KEARAH KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG.

Pada 12hb dan 13hb November 2010 yang baru lalu, telah diadakan satu program gotong royong di Kampung Bukit Wan. Program ini diadakan bertujuan untuk menambah keceriaan dan mengekalkan kebersihan kampung. Pada tahun ini sekali lagi Kampung Bukit Wan telah dipilih menyertai pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu tahun 2010. Gotong royong ini telah membabitkan semua generasi termasuklah pemuda,wanita dan seluruh penduduk kampung. Setiausaha JKKK Kampung Bukit Wan iaitu Saudara Ambak Ismail, beliau berasa bangga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Kuala Terengganu kerana memilih Kampung Bukit Wan sebagai salah satu wakil bagi Daerah Kuala Terengganu dalam pertandingan pada tahun ini. Beliau akan berusaha sedaya upaya dan membuat sesuatu yang terbaik bagi mengcapai hasrat dan syarat syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Program kebersihan ini turut sama disertai oleh kakitangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu yang menyediakan lori untuk mengangkut sampah dan bahan yang tidak diperlukan. Pegawai Khas Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit iaitu Encik Kamarudin Mohamad turut sama hadir dan beliau berbangga kerana salah satu kampung dalam Dun Batu Rakit telah terpilih menyertai Pertandingan Kebersihan pada tahun ini.Beliau amat berharap agar seluruh penduduk kampung Bukit Wan agar dapat memberikan dan melakukan sesuatu yang terbaik demi menaikkan lagi nama Kampung Bukit Wan khasnya dan Dun Batu Rakit secara amnya diseluruh negeri Terengganu dan juga berharap agar dapat terus melangkah ke peringkat kebangsaan nanti. Pada sesi gotong royong pada kali ini turut sama dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Encik Nasran Abd.Halim,Penghulu Kanan Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Munkim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Zamari Abu Zih dan Penghulu Munkim Batu Rakit Wakaf Tengah Encik Zazarin Abdul Ghani.
"BERANI BERUBAH DEMI IMPIAN"

Buang yang tidak perlu....

Berat...angkat ramai ramai. Ringan... angkat 2 orang je...

En Ambak (S/U JKKK) bersama PA YB Ustaz
Khazan...sedang berbincang dan mengenal pasti
apa yang bermasalah.
Kerja berat...Tim Pengerusi JKKK (En Marzuki) dan
En Wari. Kerja mencabar...jentera yang buat. En Marzuki (Tim Pengerusi JKKK) sentiasa fokus dan berusaha yang terbaik untuk kampung. Antara sebahagian anak anak muda kampung yang faham dan ambil berat tentang kampung. Tahniah...........semua. Semangat kerjasama dan tolong menolong pasti akan memudahkan keadaan. En Badri...sentiasa muncul pada setiap program yang dijalankan dikampung.
Tunjuk dan buat... Akan selesai?????

18 November 2010

HARI RAYA KORBAN DIKAMPUNG BUKIT WAN 2010.

Alhamdulillah, Hari Raya Haji datang lagi. semua umat Islam diseluruh dunia meraikan hari ini. Yang lebih gembira tentulah tetamu tetamu Allah yang merayakannya di bumi Mekah. Bagi kita yang berada di Kampung turut menyambut Hari Kebesaran ini dengan sembahyang sunat hari raya secara berjumaah dan Majlis Korban binatang ternakan. Di Kampung Bukit Wan pada tahun ini sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan oleh penduduk kampung dan ianya dijalankan secara bergotong royong.
SELAMAT HARI RAYA HAJI KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT WAN. INGATAN TULUS IKHLAS DARI JKKK KG BUKIT WAN