05 Jun 2011

KAMPUNG BUKIT WAN MUNCUL JOHAN PERTANDINGAN KIBAR BENDERA UMNO DUN BATU RAKIT 2011.

Pada 7 Julai 2011 bertempat di Dataran KRT Kampung Bukit Wan, telah berlangsung satu Majlis Ceramah Khas dan Penyampaian Hadiah Kempen Kibarkn Bendera UMNO Dun Batu Rakit 2011 yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun dan kerjasama JKKK Bukit Wan. Majlis yang turut disertai oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu ini turut mengundang Dato' Haji Alwi Mohd (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) yang bertindak sebagai penceramah. Dalam majli ini,selain penyampaian hadiah kepada pemenang dan ceramah khas, pihak jawatankuasa pemuda juga turut mengadakan cabutan nama bertuah. Hampir 800 orang telah hadir pada majlis ini dan ianya merupakan satu perkembangan dan sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh warga Dun Batu Rakit. Sebanyak 50 hamper telah disedikan oleh urusetia untuk cabutan nama bertuah. Dalam Pertandingan Kibarkan Bendera UMNO pula. Pemuda UMNO Cawangan Bukit Wan telah berjaya menjadi juara dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM400.00. Manakala ditempat kedua pula Pemuda UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300.00. Bagi tempat ketiga pula, Pemuda UMNO Cawangan Gong Lingai telah berjaya membawa pulang wang hadiah sebanyak RM200.00. Satu anugerah khas bagi ketegori Kreatif telah dimenangi oleh Pemuda UMNO Cawangan Bukit Chempaka dengan wang tunai sebanyak RM200.00. Bagi setiap Cawangan Pemuda pula hadiah saguhati untuk penyertaan sebanyak RM100.00 telah diberikan sebagai tanda perhargaan.
Kain rentang program...
Sebahagian Pemuda sedang membakar ikan dan ayam.
Sesi pendaftaran nombor bertuah
Barisan depan. Dari kiri...Tn Hj Chek Harun Ismail (Pengerusi JKKK Bukit Wan)
Dato Hj Alwi Mohd, YB Ustaz Khazan (Adun Batu Rakit) dan En Khairul Anuar (Penghulu Mukim)
Dato Hj Alwi sedang menyampaikan ceramah....
Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menyampaikan
hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
Kehadiran penduduk sekitar DUN Batu Rakit amat
memuaskan.
Tekun mendengar ceramah...
Sebahagian kaum ibu yang turut sama dalam
program tersebut.
YB Ustaz Hj Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit)
sedang menyampaikan ucapan.
En Ambak Ismail (Ketua Pemuda Umno Bukit Wan)
sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang. Antara yang bertuah...Pn Zaleha Ngah dari Kg Bukit Wan sedang menerima hadiah dari YB Ustaz Khazan