22 Ogos 2011

AHLI JKKK BUKIT WAN BERBUKA PUASA DI LUAR KAWASAN

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa khas untuk ahli jawatankuasa JKKK sahaja. Majlis ini telah dirancang oleh Pengerusi JKKK dan ia telah diadakan di Restoran Sri Wangsa Gong Badak Kuala Terengganu bermula jam 6.00 petang. Sebelum berbuka telah diadakan satu perbincangan secara tidak rasmi dikalangan ahli JKKK. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Khas Ustaz Khazan iaitu Ustaz Kamaruddin.
Berbincang sambil menunggu rakan yang lain sampai. Bersantai sambil berbincang... Tempahan dibuat oleh En Ambak... Antara sebahagian menu yang dihidangkan... Menunggu waktu berbuka...
Pegawai Khas YB Ustaz Khazan (Ustaz Din) turut sama
hadir dimajlis ini.
Yang ni sedap ni...mungkin itu yang dikatakan
oleh En Madzuki (Tim Pengerusi JKKK)
Penulis blog Bukit Wan...(hulkali) turut sama diundang
kemajlis ini. Terima kasih JKKK.

21 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID BUKIT WAN

Sudah menjadi satu kelaziman apabila tibanya bulan Ramadhan. Pastinya akan diadakan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Bukit Wan. Majlis seperti ini telah menjadi satu budaya dan tradisi penduduk kampung. Pada tahun ini majlis ini telah diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 20 Ogos 2011 bertempat di Masjid Bukit Wan. Kerja kerja persiapan telah dimulakan dari awal pagi lagi dengan menyembelih binatang ternakan untuk dijadikan lauk pauk. Segala kerja kerja ini dijalankan secara bergotong royong dan daging daging tadi akan diagihkan mengikut tempahan yang dibuat. Masakan dijalankan dirumah masing masing dan disebelah petangnya lauk lauk tadi akan dibawa ke Masjid untuk hidangan berbuka puasa. Pihak JKKK dan Jawatankuasa Masjid telah menjemput semua penduduk kampung serta penduduk penduduk yang berhampiran dengan kampung kemasjid tersebut.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (baju biru) sedang menanti
kedatangan tetamu .
Ketibaan tetamu disambut oleh Pengerusi JKKK.
Turut hadir...Ustaz Hassan (Penceramah Mingguan)
di Masjid Bukit Wan.
Pok Da Musa dan Pok Usop...sempat lagi berbual
dan bertanya khabar sebelum majlis berbuka.
Suasana dalam Masjid
Kehadiran tetamu dan penduduk kampung yang ramai
adalah sesuatu yang telah dijangka.
Licin...antara lauk yang dihidangkan.En Ambak (S/U JKKK)...sedang memgemas dan membersihkan
sisa yang ditinggalkan.
Dua beranak (Mat Rosik dan Pok Jusoh)...sedang
mengemas bekas lauk yang dibawa untuk dibawa
pulang.

PROGRAM RAHMAT RAMADAN KAMPUNG BUKIT WAN 2011

Program Rahmat Ramadhan Bersama Pengerusi Nadi telah diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Wan bermula jam 5.00 petang. Program ini telah disempunakan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun Ismail. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu. Tujuan utama majlis ini diadakan untuk menyampaikan bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU).
Kain rentang program Pengerusi JKKK Bukit Wan bersama penerima bantuan Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) bersama Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu. Turut hadir sama Tim Pengerusi JKKK (En Madzuki Abd Ghani) serta Pemangku Pengerusi JKKK Bukit Nenasi.

12 Ogos 2011

SELAMAT BERPUASA

DENGAN KEHADIRAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK YANG MULIA INI, KAMI PIHAK JKKK KAMPUNG BUKIT WAN INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DISINI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT WAN YANG TINGGAL DIKAMPUNG DAN JUGA DIPERANTAUAN SEMOGA KALIAN BERADA DALAM SUASANA KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN. SEKIAN TERIMA KASIH.... INGATAN TULUS IKHLAS DARI ....KEPIMPINAN JKKK BUKIT WAN. SELAMAT BERPUASA.......