31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011 dan tahun hijrah 1432. Semoga tahun ini akan lebih bermakna dan lebih bererti dari tahun tahun yang lalu. Dengan ketibaan tahun baru ini, diharapkan agar seluruh penduduk kampung akan terus bersatupadu dan semangat kerjasama dalam satu pasukan akan terus diamalkan demi kesejahteraan dan kemakmuran kampung. Kini Kampung Bukit Wan dalam berada dalam perubahan suasana kampung bagi menghadapi "Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010". Kini banyak perubahan sedang berlaku dalam kampung dan semua ini memerlukan geraktenaga dan percambahan idea agar impian terlaksana. Marilah kita bersatu dalam untuk merealisasikan hasrat dan impian ini.
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) BUKIT WAN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010 DAN TAHUN BARU HIJRAH 1432 KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT WAN YANG KINI BERADA DIMANA JUA. SEMOGA KAMPUNG KITA AKAN TERUS BERADA DALAM KEMAKMURAN DAN KEDAMAIAN SERTA TERUS DIMURAHKAN REZEKI.
"KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

23 Disember 2010

JKKK KAMPUNG BUKIT WAN DIANUGERAHKAN JKKK CEMERLANG DAERAH KUALA TERENGGANU 2010.

Pada 22 Disember 2010 bertempat di Tingkat 3 Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu telah berlangsung Majlis Makan Malam Sempena Penyampaian Anugerah Kecemerlang JKKK Daerah Kuala Terengganu. Hampir seluruh Pengerusi JKKK dalam Daerah Kuala Terengganu telah menghadirinya. Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dan diikuti oleh ucapan Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail. Dalam majlis penyampaian anugerah itu, JKKK Kampung Bukit Wan telah dianugerahkan sebagai JKKK paling cemerlang dalam daerah Kuala Terengganu tahun 2010. Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan, Tuan Haji Chek Harun Ismail telah mewakili JKKK Bukit Wan menerima anugerah itu dari pada Pegawai Daerah Kuala Terengganu. Dengan kejayaan ini JKKK Bukit Wan telah dihadiahkan wang tunai Rm 5000. Kejayaan ini merupakan satu penghargaan dari kerajaan kepada pihak JKKK dan seluruh penduduk kampung yang selama ini telah berusaha memajukan kampung dengan mengadakan berbagai aktiviti. Semoga dengan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat kepada semua ahli jawatankuasa JKKK dan seluruh penduduk kampung agar terus berusaha untuk memajukan kampung.
"KAMPUNG KITA... TANGGUNGJAWAB KITA"

Pengerusi JKKK Bukit Wan..Tuan Haji Chek Harun Bin Ismail sedang menerima anugerah dari Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail.. Pegawai Daerah Kuala Terengganu

Pegawai Daerah Kuala Terengganu .... sedang menyampaikan ucapan alu aluan

Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar kenangan bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu bersama dengan Penghulu Mukim Kanan dan Penghulu Mulim Batu Rakit.

JKKK Bukit Wan dianugerahkan Sebagai
"JKKK CEMERLANG" bagi Daerah Kuala Terengganu
2010.
"

14 Disember 2010

GOTONG ROYONG SEMPENA MAAL HIJRAH

Kini, apa bila ada hari cuti atau hari pelepasan am, pasti akan diadakan Program Gotong Royong di Kampung Bukit Wan. Yang terbaru ini adalah cuti am sempena Maal Hijrah. Dikesempatan ini penduduk kampung mengambil kesempatan untuk terus membersihkan dan mencantikan serta mengceriakan suasana kampung bagi menghadapi Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada akhir bulan Disember ini.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
Sekumpulan anak muda turut bergotong royong
Kak Jah...sempat lagi bergambar.
En Ambak (S/U JKKK) antara yang kerja kuat.
Pok Su Haji (Tok Iman)... cukup bersemangat dan sentiasa ada pada setiap
program gotong royong.
Pasang papan tanda jalan...sesuatu yang baru.
Ramai kaum ibu turut sama bergotong royong.

11 Disember 2010

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN.

Pengerusi JKKK Kampung BUkit Wan, Tn Haji Chek Harun bin Ismail telah selamat sampai di kampung halaman dari Tanah Suci pada 9 Disember 2010 pada jam 11.45 malam. Beliau berada dalam keadaan sihat walafiat. Selamat menjalankan tugas untuk kampung.

08 Disember 2010

VISI, MISI DAN OBJEKTIF KAMPUNG

VISI
MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU DAN RUKUN DAMAI
MISI
BERSATU KEARAH DESA CEMERLANG MASYARAKAT SEJAHTERA LAGI BERWAWASAN DAN GEMILANG
OBJEKTIF
MELAHIRKAN SATU KOMUNITI MASYARAKAT YANG SEJAHTERA DAN BERSATUPADU MELALUI PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB YANG STRATEGIK SERTA MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PISIKAL YANG BERKESAN KEARAH DESA CEMERLANG.

KELAB MOTOR BUKIT WAN (KMBW)

Kelab Motorsikal Bukit Wan telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Febuari 2011 yang lalu. Ahli kelab ini terdiri dari anak anak muda kampung ini yang berumur dari 18 tahun ke 40 tahun dan sehingga kini terdapat keahlian seramai 67 orang. Kelab ini cukup aktif dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, aktiviti sukan dan juga program keluar daerah secara konvoi.
CARTA KELAB MOTOR BUKIT WAN (KMBW)
PENAUNG

PENGERUSI JKKK
(TN HJ CHEK HARUN BIN ISMAIL)
 


PENGERUSI
KHAIRUL ANUAR BIN ZAKARIA

TIMBALAN PENGERUSI
MOHD AZLAN BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA
KHAIRUL NIZAM BIN SALIM
BENDAHARI
MOHD NAPI BIN IBRAHIM 



Ahli Kelab Motor Bukit Wan... diawal penubuhan.

KAMPUNG DALAM 4 ZON

Kini kampung Bukit Wan telah dipecahkan kepada 4 kawasan yang dikenali sebagai Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D. Setiap zon zon ini telah dilantik seorang ketua yang dikenali sebagai Pengerusi Zon dan terdapat ahli jawatankuasanya sendiri. Zon zon ini telah dipisahkan dengan jalan jalan kecil yang terdapat dalam kampung. Pusat aktiviti setiap zon telah ditubuhkan bagi memudahkan setiap program dan aktiviti dapat diadakan dipusat tersebut. Dengan pembentukan zon zon ini, maka pentadbiran kampung dapat dipermudahkan kerana dapat menguruskan dalam komuniti yang lebih kecil. Setiap permasalahan didalam zon akan dipantau oleh Pengerusi Zon dan dibawa kedalam mesyuarat JKKK.

ZON A

PENGERUSI
Tn Hj Chik Bin Mamat

AJK

En Abd Rahim bin Muda

En Madzuki Bin Abd Ghani

En Mohd Fikri Bin Awang

En Aswari bin Abdullah

Tn Hj Yusof Bin Said

Pn Ramlah Bt Hitam Pn Zaleha Bt Yahaya

Pn Asma Bt Hitam MERCU TANDA ZON A

ZON B

PENGERUSI

En Ngah Bin Said AJK

En Sabri Bin Muda En Zukifli Bin Ngah En Che Aziz Bin Abd Rahman En Rosli Bin Ngah

En Kamaruddin Bin Che Mamat

Pn Normah Bt Hj Ngah

Pn Zaleha Bt Ngah

Pn Norhayati Bt Ismail MERCU TANDA ZON B

ZON C

PENGERUSI Tn Hj Romeli Bin Mamat

AJK

En Mohd Resedi Bin Dollah

En Zahari Bin Ngah En Badri Bin Ali

En Staffa Bin Ali

En Nawi Bin Omar

En Adnan Bin Che Ahmad En Saidi Bin Ismail

En Wan Muhammad Bin Wan Omar

Pn Hjh Faridah Bt Abd Ghani

Pn Zainon Bt Musa

Pn Jamaliah Bt Othman

Pn Rohani Bt Musa MERCU TANDA ZON C

ZON D

PENGERUSI

Tn Hj Wahab Bin Abd Rahman

AJK

En Sulmi Bin Sulong

En Mohd Bin Abdullah

En Che Senum Bin Che Awang

En Azman Bin Wahab En Azrol bin wahab

Pn Fatimah Bt Ibrahim Cik Esah Bt Abdullah

Pn Asiah Bt Hitam Pn Khatijah Bt Che Lah

MERCU TANDA ZON D

KESIHATAN

Pihak pentadbir Kampung Bukit Wan sentiasa mengambil berat masalah kesihatan dan mengambil cakna keadaan sekeliling kampung tentang aspek kebersihan. Banyak program telah diadakan untuk memastikan taraf kesihatan penduduk kampung dapat dipertingkatkan. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama antara jabatan kesihatan,biro JKKK dan penduduk kampung menerusi program ceramah dan penyampaian risalah Program dan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan persekitaran kampung sentiasa bersih dan terpelihara dari sebarang tempat pembiakan nyamuk dan vaktor. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama penduduk kampung,biro dan jabatan kesihatan menerusi aktiviti-aktiviti gotong royong membersihkan kawasan dan menerusi khidmat,nasihat daripada jabatan kesihatan. Program seperti ini sering dilaksanakan dikampung Bukit Wan. Ia diadakan adalah untuk memastikan taraf kesihatan penduduk kampung ini berada pada tahap yang memuaskan dan sentiasa diambil berat dari masa ke semasa menerusi pemeriksaan dan penjagaan kesihatan.Program ini biasanya dijalankan oleh jabatan kesihatan daerah. Diantara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, kencing manis dan sebagainyan.

Klinik Desa Bukit Wan

Tujuan klinik desa ditubuhkan adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat menerusi pelaksanaan,perancangan dan penilaian program-program kesihatan penduduk kampung,khususnya bayi dan ibu mengandung.
Program Dan Aktiviti Klinik Desa
- Menyediakan klinik ibu hamil dan klinik kanak-kanak.
- Membuat lawatan ke rumah rumah ibu hamil.
- Menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan.
- Membuat rawatan bulanan.
- Perkhidmatan perancang keluarga.

LAGU KAMPUNG

“BUKIT WAN GEMILANG” 
 
KAMI WARGA KAMPUNG BUKIT WAN
BERIKRAR AKAN  BERGANDING BAHU
UNTUK MENCAPAI KAMPUNG YANG GEMILANG
HARMONI SERTA TERUS MAJU 
 
KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA
PERPADUAN ASAS KEJAYAAN
TOLONG MENOLONG SESAMA KITA
YANG TUA SAMA YANG MUDA 
 
DALAM MENCAPAI HARAPAN
ONAK DAN DURI KITA REMPUHI
KESAKITAN TAK AKAN TERASA
BILA KEJAYAAN DIKECAPI 
 
DEMI UTUH UMMAH GENERASI BERTUAH
PEMIMPIN DIHORMATI
ITULAH HARAPAN BAGI WARGANYA
BUKIT WAN AKAN TERUS GEMILANG 
 
ULANG RANGKAP 1 
 
Ciptaan ; hulkali
Lirik : A. Ismail

KALENDAR KAMPUNG

PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2012
(SEHINGGA 1 NOVEMBER 2012)

BIL
TARIKH 
NAMA PROGRAM
PERASMIAN
KEHADIRAN
1
13/1/2012   
Ceramah Motivasi   Keluarga                                   
YB ADUN
150 orang
2
16/1/2012
Penyampaian Baucer BRIM
Pengerusi JKKK                      
130 orang               
3
27/1/2012
Lawatan Ke Putrajaya
YB ADUN
160 orang
4
3/2/2012
Gotong Royong Perdana
Pengerusi JKKK
150 orang
5
4/2/2012
Gotong Royong
Pengerusi JKKK
100 orang
6
5/2/2012
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Menteri Besar Terengganu
30 orang
7
6/2/2012
Lawatan KDYMM Sultan Dan Sultanah Terengganu Ke Kampung Bukit Wan
Tuanku Sultan
5000 orang
8
17/2/2012
Gotong Royong Masjid
Pengerusi Masjid
100 orang
9
18/2/2012
Lawatan JKKK Wakaf Mempelam
Pegawai Khas ADUN
50 orang
10
2/3/2012
Gotong Royong Bersih Kampung
Penghulu Kanan
120 orang
11
3/3/2012
Perjumpaan Mesra Dengan Penduduk Kampung
Penghulu Kanan
200 orang
12
23/3/2012
Gotong Royong Basmi Musuh Tanaman
Ketua Platun Rela
80 orang
13
30/3/2012
Gotong Royong Bersih Tanah Perkuburan
Pengerusi JKKK
100 orang
14
3/4/2012
Tilawah Al Quran Peringkat Daerah
Pegawai Daerah Kuala Terengganu
1000 orang
15
8/4/2012
Pentas Mahasiswa
Pengerusi Penyelaras DUN
400 orang
16
20/4/2012
Gotong Royong Bersih Kampung
Pengerusi JKKK
100 orang
17
21/4/2012
Gotong Royong Tanam Pokok Bunga
Pengerusi JKKK
60 orang
18
24/5/2012
Lawatan JKKKP (KEDA) Dari Kedah Darul Aman
YB ADUN
300 orang
19
25/5/2012
Malam Ramah Mesra Pemuda
Pegawai Khas ADUN
200 orang
20
22/6/2012
Gotong Royong Buat Landskap
Pengerusi JKKK
60 orang
21
29/6/2012
Pertandingan Futsal Dan Bola Jaring Tertutup Bukit Wan  
YB ADUN
100 orang
 


BIL
TARIKH
NAMA PROGRAM
PERASMIAN                
KEHADIRAN         
22
1/7/2012
Tayang Skrin Besar EURO 2012
S/U JKKK
50 orang
23
8/7/2012     
Tahlil Dan Kenduri Kesyukuran
Pengerusi Masjid
70 orang
24
13/7/2012
Gotong Royong Bersih Kampung 
Pengerusi JKKK
120 orang
25
14/7/2012
Pertandingan Nasyid/Marhaban
(Amanah Ikhtiar Malaysia)
YB ADUN
500 orang
26
19/7/2012
Malam Sayang Di Sayang
Penghulu Kanan
300 orang
27
10/8/2012
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Dan Tong Sampah
Pengerusi JKKK
200 orang
28
11/8/2012
Pertandingan Pelita Merdeka Raya
Pengerusi JKKK
70 orang
29
18/8/2012
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pelita Merdeka Raya
Penghulu Mukim
100 orang
30
30/8/2012
Malam Ambang Merdeka
Tim Pengerusi JKKK
120 orang
31
31/8/2012
Perarakan Jalur Gemilang Dengan Basikal
Tim Pengerusi JKKK
70 orang
32
2/9/2012
Lawatan JKKK Dari Daerah Besut                           
Penghulu Mukim
80 orang
33
7/9/2012
Gotong Royong Perdana
Pegawai Khas ADUN
150 orang
34
14/9/2012
Gotong Royong Bersih Kampung
S/U JKKK
100 orang
35
15/9/2012
Sukaneka Merdeka 2012
Penghulu Kanan
200 orang
36
16/9/2012
Sukan Rakyat Islamic International Festival Di TTI
Tuanku Sultan Terengganu
20 orang
37
17/9/2012
Lawatan Kementerian Kesihatan Ke Tangki Air Bukit
Pegawai Kesihatan Daerah
70 orang
38
21/9/2012
Gotong Royong Bersih Kampung
Pengerusi JKKK
150 orang
39
22/9/2012
Gotong Royong Perdana Bersama Pelajar Kolej Kesihatan Awam
Penghulu Kanan
200 orang
40
28/9/2012
Gotong Bersih Kampung
Pengerusi JKKK
120 orang
41
29/9/2012
Gotong Bersih Kampung                                   
Pengerusi JKKK
70 orang