25 Mei 2011

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP KAMPUNG BUKIT WAN EDISI JULAI 2011

JKKK Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan program program kemasyarakatannya untuk anak anak kampung. Terbaru ini iaitu pada 1 Julai 2011, telah diadakan Pertandingan Badminton Tertutup Bukit Wan yang berlangsung di Sports Plenat Gong Badak yang bermula jam 8.30 malam. Penyertai dari penduduk kampung bergitu memuaskan dan berjalan dengan lancar. Sementara itu Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan.
Mat Rozi..salah seorang peserta yang layak ke final. Suasana dalam dewan perlawanan.
Gandingan mantap...Mat Rozi dan Khairul
Hadiah untuk yang menang...
Majlis penyampaian hadiah turut dihadiri oleh Pengerusi, Tim Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari JKKK.
Tn Hj Chek Harun bin Ismail (Pengerusi JKKK Bukit Wan)
sedang menyampaikan hadiah kepada peserta.
Para pemenang sempat bergambar bersama Ahli Jawatankuasa JKKK dan Kepimpinan kampung

PROGRAM PENDUDUK KAMPUNG BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)

Pada 27 Mei 2011 bertempat di Bangunan KRT Bukit Wan telah berlangsung satu program pembasmian dadah yang bertajuk "Adakah Pemulihan Membantu" dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kuala Terengganu serta Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Program ini dimuatkan dengan aktiviti penerangan dan pemeriksaan kesihatan dan penyalahgunaan dadah. Satu forum telah dijalankan yang melibatkan ahli panel dari AADK dan Jabatan Kesihatan. Kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan khasnya golongan belia.
Forum sedang rancak berlangsung...
Pemeriksaan dadah percuma....
Sudut pameran dari AADK turut disediakan. Dua panel sedang menyampaikan hujah pada forum tersebut.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail)
turut sama menjalani pemeriksaan darah.
Sebahagian dari yang hadir...
Pengerusi Forum....
Diakhir program turut diadakan sesi bergambar bersama
Panel Panel Forum dengan Pengerusi JKKK Bukit Wan.

24 Mei 2011

AHLI KELAB MOTOR DAN PEMUDA BUKIT WAN KE BUKIT JALIL TENGOK FINAL PIALA FA 2011.

Kerana minat, semangat dan sayangkan negeri serta untuk melihat pasukan Terengganu berjaya, pihak Pemuda dan Kelab Motor Bukit Wan (KMBW) dengan kerjasama JKKK Kampung Bukit Wan telah berbincang dan bersetuju untuk pergi ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2011 diantara Terengganu menentang Kelantan. Pihak JKKK telah menyewa sebuah bas khas untuk pemuda dan ahli Kelab Motor Bukit Wan. Bas mula bertolak pada jam 11.00 malam (10 Jun 2011).
Piala FA yang menjadi rebutan Turut hadir..Tim Pengerusi JKKK (Pok Kie) dan S/U JKKK (En Ambak) bergambar sejurus tiba di Bukit Jalil. Ahli Kelab Motor Bukit Wan...Peteh Teganu Peteh.... Aksi spontan...penyokong setia Terengganu. Ceria dan mesra...penyokong Terengganu dan Kelantan turut bergambar bersama sama.
Kita bersaudara dan kita kawan...walaupun berlainan
pasukan.
PIHAK JKKK DAN SELURUH PENDUDUK KAMPUNG BUKIT WAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMAIN DAN PIHAK PENGURUSAN PASUKAN BOLA SEPAK TERENGGANU KERANA TELAH MUNCUL JUARA PIALA FA 2011.
SERTA
TAHNIAH KEPADA KONTENJEN SUKMA TERENGGANU KERANA MUNCUL JUARA 3 KALI BERTURUT TURUT.
ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI.

PERKAMPUNGAN BUKIT WAN BERSIH DAN CERIA (PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 23 MEI 2011.

KUALA TERENGGANU 23 Mei – Bukit Wan yang mengambil sempena nama tokoh setempat yang dikenali sebagai ‘Wan Seman’ merupakan salah sebuah perkampungan tradisional, terletak kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar raya.
Wan Seman, dikatakan seorang berdarah pendekar serta mempunyai pengetahuan luas dalam bidang agama tertarik dengan kawasan itu ketika bersampan menyusuri Sungai Nerus, lalu akhirnya merintis penempatan di situ.
Dengan struktur tanahnya yang berbukit dan subur, ia menjadi tumpuan untuk dijadikan kawasan dusun buah-buahan oleh penduduk sekitar dan dengan perubahan masa, penempatan penduduk mengambil alih sebahagian daripada kawasan itu. Bukit Wan masih lagi dikenali sebagai salah satu kawasan pertanian dalam mukim Batu Rakit, begitu juga suasana kehidupan penduduknya yang sepakat dan harmoni yang menjadi kelebihannya. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan, Chek Harun Ismail (gambar), kampungnya mempunyai hampir 600 orang penduduk dengan 110 buah rumah. Katanya, bagi memudahkan seliaan dan pengurusan, kampung itu dibahagikan kepada empat zon dengan setiap zon berusaha membentuk sebuah komuniti kampung yang lengkap. Melalui kesepakatan penduduk, ia ditunjukkan menerusi perusahaan kecil berasaskan keupayaan mereka termasuk pembuatan ragi dan juadah ubi gadong, ternakan di samping aktiviti kebudayaan yang diwarisi, memeriahkan suasana. ‘‘Persaingan ke arah penyediaan lebih banyak kemudahan, keselesaan buat penduduk, membawa banyak kebaikan buat semua termasuk dengan keadaan kampung yang bersih dan ceria. ‘‘Penduduk turut sama mengindahkan laman dan kediaman sendiri serta sekitar kampung,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kampungnya, baru-baru ini. Sikap yang mereka tunjukkan itu dihargai apabila kampung itu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri 2010 Kategori Kampung Luar Kawasan Operasi baru-baru ini. Kemenangan tersebut membolehkan JKKK itu menerima RM100,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM10,000 di samping bakal berpeluang melawat Australia tahun depan. Kemenangan itu suatu yang besar maknanya bagi JKKK Bukit Wan dalam menggerakkan kegiatan bersifat sukarela tanpa mengira masa dan disahut oleh penduduk. Sebelum ini, Kampung Bukit Wan turut memperoleh tempat ketiga bagi Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah Kebersihan dan Pengurusan Kubur Daerah Kuala Terengganu 2010. ‘‘Di sini juga wujudnya taman herba yang mempunyai lebih 90 spesies, taman rekreasi air terjun Bukit Wan dan dusun buah-buahan yang merangsang aktiviti agro pelancongan. “Ia diusahakan sendiri oleh penduduk kampung dengan bantuan beberapa agensi kerajaan serta perhatian wakil rakyat di sini,” katanya. Kampung itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, klinik desa, pusat asuhan kanak-kanak, sekolah pondok al-Madini dan masjid. Dengan bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti pertanian dan mempunyai kawasan tanah yang luas, sektor pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan ternakan ayam merupakan antara pekerjaan utama penduduk kampung. Bagaimanapun menurut Chek Harun, perkembangan semasa dan tahap pendidikan anak kampung yang semakin bertambah baik, maka keadaan statistik pekerjaan penduduk kampung juga turut berubah. “Sudah ramai penduduk kampung dari generasi baru telah berkecimpung dalam sektor kerajaan dan swasta serta dalam bidang perniagaan,” ujarnya.

15 Mei 2011

AHLI KELAB MOTOR (KMBW) XPDC KE KUANTAN TENGOK BOLA.

KOLEKSI FOTO AHLI KELAB MOTOR BUKIT WAN (KMBW) SEMASA MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK SEPARUH AKHIR PIALA FA DIANTARA TERENGGANU MELAWAN PAHANG DI STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN PAHANG.
Penyokong setia Terengganu Kite

Nyata bersemangat

MAJLIS KESYUKURAN "KENDURI SEKAMPUNG".

Pada 14 Mei 2011, bertempat di Dataran KRT Kampung Bukit Wan telah berlangsung satu Majlis Kenduri Kesyukuran "Kenduri Sekampung". Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran sempena kejayaan kampung muncul johan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2011 (Kategori Luar Operasi). Majlis ini telah dirancangkan oleh pihak JKKK sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung diatas kerjasama dan penat lelah penduduk kampung selama ini dalam menjayakan pertandingan tersebut. Majlis kenduri bermula jam 7.30 pagi dengan gotong royong melampah daging dan persiapan bahan bahan masakan. Disamping itu turut diadakan program pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Selain itu sesi ceramah pendidikan dari Kolej Teknologi Bestari (KTB) turut diadakan. Majlis ini turut dihadiri oleh Ustaz Hj Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Penghulu Kanan Tn Hj Wan Sulaiman.