11 September 2013

02 September 2013

KAYUAHAN MERDEKA ANAK ANAK KAMPUNG BUKIT WAN 2013

Pada tanggal 31 Ogos tiap tiap tahun, kita pasti akan teringatkan tarikh keramat ini dan sejarah bermulanya pemerintahan sendiri negara kita Malaysia. Semangat kemerdekaan mestilah sentiasa diterap kepada semua rakyat khasnya generasi muda masa kini sebagai tanda rasa cinta kita kepada tanah air yang bertuah ini. Di Kampung Bukit Wan khasnya pihak JKKK sentiasa memikirkan program program yang berfaedah untuk penduduk kampung dari masa ke semasa. Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tahun ini (2013) pihak JKKK telah lama merancang untuk mengadakan "Program Kayuhan Merdeka". Program ini merupakan acara tahunan JKKK Bukit Wan dan ia telah tersenarai dalam kalender tahunan JKKK.