28 Februari 2011

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN SEMPENA PEMBUKAAN PADANG BOLA BARU

Pada 19 Februari 2011 yang lalu, bermula satu lagi sejarah dikampung Bukit Wan apabila siapnya padang bola baru. Padang bola ini dibina sebahagian dari hasil semangat bergotong royong dan kerjasama penduduknya khasnya golong belia dan beliwanis. Pada pembukaan padang bola yang baru, pasukan Bukit Wan (Bukit Wan FC) telah melawan pasukan PDRM (Batu Rakit / Manir) di mana kesudahannya... Bukit Wan Fc (5) - PDRM (2). Bergitu ramai penduduk kampung hadir mahu melihat kebolehan anak anak kampung dan juga untuk memberi semangat kepada pemain. Turut hadir sama pada perlawanan ini ialah Pengerusi JKKK Bukit Wan (TN Hj Chek Harun Bin Ismail), Ketua Balai Polis Batu Rakit dan juga YB Ustaz Khazan Bin Che Mat (Adun Batu Rakit).
Betul..betul urat dulu...panas enjin.
Team Bukit Wan bersama kepimpinan kampung.
Bergambar bersama pasukan lawan...(PDRM - Batu Rakit)
Permainan rancak dan menghiburkan....
Sebahagian penonton yang hadir....
Turut hadir...YB Ustaz Khazan Che Mat..Adun Batu Rakit
bersama Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun
Ismail)
Satu perbincangan ringkas antara kepimpinan
kampung dengan YB Ustaz Khazan.