03 Mei 2013

KAMPUNG BUKIT WAN JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2012.

Sejarah telah dilakar, sesuatu yang tidak pernah sebelum ini. Impian menjadi realiti. Pada 1 Mei 2013 adalah satu tarikh yang cukup bermakna Kampung Bukit Wan kerana telah diumumkan sebagai Johan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis ini telah dihadiri oleh pemimpin no 1 negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isteri. 
Kepimpinan JKKK Bukit Wan sedang menunggu kehadiran Perdana Menteri.


Puteri puteri Kampung Bukit Wan 

Amalan kerjasama yang sentiasa dipupuk untuk memastikan kampung sentiasa bersih dan ceria menjadi resipi utama kejayaan Kampung Bukit Wan dinobatkan juara bersama Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012
Dengan kemenangan ini Kampung Bukit Wan menerima hadiah wang tunai RM225,000 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bukit Wan, Ambak Ismail, 42, berkata sikap bermuafakat 450 warga kampung itu membuahkan hasil apabila usaha keras mereka dizahirkan kepada umum menerusi anugerah itu. 
“Kami gembira dengan kemenangan ini walaupun berkongsi dengan Kampung Jambi Johor. Kejayaan ini bertambah manis kerana hadiah disampaikan sendiri Perdana Menteri
“Kunjungan Datuk Seri Najib ke kampung kami menjadi pembakar semangat yang sangat bernilai untuk terus mengekalkan prestasi ini,” katanya sambil menambah pihaknya merancang menggunakan wang berkenaan untuk membuka ladang sawit dan menubuhkan koperasi untuk warga kampung itu.
“Kami yakin dengan usaha yang kami jalankan. Selama tiga tahun kami bertungkus-lumus memastikan kampung kami ceria, bersih dan mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan.
“Kemenangan ini memberi motivasi kepada penduduk untuk memastikan Kampung Bukit Wan terus kekal sebagai desa contoh,” katanya.
Sementara itu, Kampung Tanjung Parang, Samarahan, Sabah yang menduduki tempat kedua menerima RM170,000 manakala Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka menduduki tempat ketiga membawa pulang RM115,000.
















Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.


Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Hj Wan Nawawi) sedang menerima tropi kemenangan dari Perdana Menteri bagi pihak JKKK Bukit Wan.


Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail) sedang menyampaikan cenderahati dari penduduk Kampung Bukit Wan yang berupa gasing pangkah (permainan tradisional) kepada Perdana Menteri.

JKKK Bukit Wan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib


En Ambak Ismail (S/U JKKK Bukit Wan) bergambar bersama hadiah yang dimenangi.

Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Penghulu Kanan .


Bergambar kenang kenangan bersama JKKK Kampung Jambi Johor yang johan bersama
ADC Peringkat Kebangsaan 2012.


Barisan Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambat bersama hadiah yang dimenangi.


Puteri Puteri Kampung Bukit Wan yang menyambut kehadiran Perdana Menteri

02 Mei 2013

MAJLIS RAPTAI ANUBERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 DI KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 30 April 2013 telah berlangsung majlis raptai penuh Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 di Kampung Bukit Wan Batu Rakit Kuala Terengganu. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan telah terlibat secara langsung dalam majlis itu dengan menjalankan tugas dan peranan masing masing. Kampung Bukit Wan selaku tuan rumah turut terlibat secara langsung yang melibatkan seluruh penduduk kampung khasnya Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan. Kerja kerja akhir persiapan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. 

Kain rentang selamat dari JKKK Bukit Wan


Khemah besar untuk pentas utama

Suasana di tapak majlis
 Anak anak kampung Bukit Wan yang terlibat dalam majlis raptai.
 Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan sedang menjalankan susun 
atur perjalanan majlis

Raptai di pentas utama
 Persembahan nyanyian lagu 1 Malaysia dan Negara Ku