24 Disember 2014

MAJLIS TAKLIMAT DAN GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROJEK EKONOMI DESA LESTARI 2015.


Di Putrajaya... Kampung Bukit Wan antara 10 buah kampung dari 75 buah kampung dalam Malaysia yang memenangi Pertandingan Anugerah Desa Lestari Abad Ke 21 tahun 2014. Dengan kemenangi ini Kampung Bukit Wan akan menerima hadiah berbentuk projek pembangunan dan ekonomi yang bernilai JUTAAN ringgit yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Koperasi Anak Kampung Bukit Wan.




02 Mei 2014

MAKLUMAN...

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI... KINI BLOG INI SEDANG DALAM PENGUBAHANSUAIAN DAN DINAIK TARAF. KERJA KERJA PENYELENGGARAAN SEDANG RANCAK DIJALANKAN DARI MASA KE SEMASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI....
Dari Blogger ...hulkali.

01 Mei 2014

SELAMAT HARI PEKERJA 2014 "PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA"

Kami pihak JKKK Bukit Wan mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja | Happy Labour Day 2014 kepada semua penduduk Kampung Bukit Wan dan sesiapa jua yang bekerja dan yang tidak bekerja. Yang tak bekerja seperti pelajar turut bercuti pada hari ini. Bersama samalah kita berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan diri sendiri, keluarga, masyarakat kampung, negeri dan negara tercinta. Selamat Hari Pekerja 2014. 
"Penjawat Awam Tiang Seri Negara"

19 April 2014

PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KAMPUNG BUKIT WAN ANJURAN RUKUN TETANGGA (KRT) BUKIT WAN 1 / 2014

Pihak Kepimpinan Kampung Bukit Wan sentiasa merancang program kemasyarakatan untuk penduduknya bagi mengekalkan semangat pepaduan dan kemesraan dikalangan penduduk. Melalui pertubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Wan, satu Pertandingan Memancing Tertutup Kampung Bukit Wan telah diadakan pada 18 April 2014 bertempat di Pancur Bingal.  Penyertaan ini terbuka kepada semua penduduk Kampung Bukit Wan sahaja. Pertandingan ini dibahagian kepada 4 kategori iaitu katogeri lelaki dewasa, wanita dewasa, kategori veteren dan kategori kanak kanak. Selain dari itu pihak penganjur juga turut menyediakan 40 hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung dan pemancing. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan kerjasama JKKK Bukit Wan. Ternyata program ini memdapat sambutan yang amat memberansangkan. Dengan adanya program yang seperti ini maka secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara pendudukan kampung dalam semua golongan. Program pertandingan ini turut dihadiri oleh  En Ahmad Rizal Bin Abdul Razak  (Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Intergari Nasional Daerah Kuala Terengganu)
Semangat memancing...
Sesi pendaftaran peserta memancing dan nombor bertuah.
Ternyata program ini mendapat sambutan yang hebat.
Pancur Binjal diserbu oleh kaki pancing
Suasana pertandingan memancing Kampung Bukit Wan
Kanak kanak turut menyertai program ini.
Antara hadiah dan hamper untuk pemenang dan yang bertuah.
En Ahmad Rizal Abdul Razak (Pegawai KRT daerah Kuala Terengganu) 
bersama Timbalan Pengerusi KRT Bukit Wan (Pengerusi JKKK)
Hamper untuk yang bertuah...
 Timbalan Pengerusi KRT Bukit Wan (Pengerusi JKKK) 
Tn Hj Chek Harun Ismail sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang
 Pihak KRT turut menyediakan minum petang untuk semua pengunjung
...bubur kacang / roti serta minuman.
Pengerusi KRT Bukit Wan...En Madzuki Abdul Ghani sedang 
menyampaikan hadiah kepada pemenang
Dari kiri... En Ahmad Rizal (Pegawai KRT), Tn Hj Chek Harun Ismail 
(Pengerusi JKKK  - Timb Peng KRT), En Madzuki Ghani (Pengerusi KRT)
dan peserta memancing yang bertuah.

20 Mac 2014

MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013 / 2014.

Kampung Bukit Wan sekali lagi menyertai Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu sesi 2013 / 2014. Majlis penghakiman ini telah berlangsung pada 20 Mac 2014 dibangunan KRT Bukit Wan bermula jam 8.45 pagi. Majlis ini dimulakan dengan majlis sambutan ketibaan para para hakim yang terdiri dari berbagai agensi dan jabatan kerajaan. Pihak JKKK Kampung Bukit Wan telah membuat perancangan dan persiapan yang rapi bagi menghadapi pertandingan kali ini. Pertandingan kali ini cukup sengit kerana ada beberapa buah kampung yang hebat turut sama menyertai pertandingan ini. Pada jam 8.45 pagi, rombongan para hakim telah selamat tiba di Kampung Bukit Wan dan disambut dengan paluan kompang. Para hakim hakim ini diarakan ke dewan KRT sambil diiringi oleh pembawa bunga mangar, pembawa sirih junggung, 7 orang puteri membawa bunga telur, kumpulan marhaban lelaki dan wanita serta 10 orang kanak kanak yang membawa bungai rampai dan diikuti oleh penduduk kampung. 


Baner yang mengalu alukan kedatangan para para hakim ke Majlis Penghakiman Pertandingan Kebersihan  dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2013 / 2014.
Sirih Junjung mendahalui perarakan menyambut kehadiran para hakim.
Sambutan yang cukup unit dan penuh tradisional 
Memasuki dataran KRT Bukit Wan

APABILA SAMPAI DI DATARAN KRT, NYANYIAN LAGU NEGARA KU DAN
NYANYIAN LAGU KAMPUNG IAITU "KAMPUNG KU GEMILANG" OLEH PASUKAN 
KOIR BUKIT WAN. SATU DEKLAMASI SAJAK "KAMPUNG BUKIT WAN HARI INI" 
DIKUMANDANGKAN. PARA HAKIM DIBAWA KE DEWAN KRT UNTUK SESI 
TAKLIMAT DAN SOAL JAWAB. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALU 
ALUAN PENGERUSI JKKK DAN DIIKUTI DENGAN UCAPAN PENGERUSI HAKIM
DAN UCAPAN OLEH YB HJ BAZLAN ABD RAHMAN (ADUN BATU RAKIT).
SATU TAYANGAN VIDEO "KAMPUNG BUKIT WAN HARI INI" DIPERSEMBAHKAN 
DAN SESI TAKLIMAT OLEH PENGERUSI JKKK BUKIT WAN DAN SESI SOAL 
JAWAB. MAJLIS BERAKHIR JAM 12.00 TENGAHARI

Puteri puteri Bukit Wan bersama bunga telur
Artis Kampung...kumpulan koir menyanyikan lagu negara ku 
dan lagu "Kampung Ku Gemilang"
Produk produk kampung turut dipamerkan kepada para hakim.
Di dalam dewan... sesi taklimat dan soal jawab diadakan.
Produk kampung turut menjadi perhatian para hakim.
Cenderahati untuk ketua hakim disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Bergambar kenang kenangan...Kepimpinan Kampung, 
para para hakim dan puteri puteri Kampung Bukit Wan

09 Mac 2014

DOA UNTUK MH370

Kami penduduk Kampung Bukit Wan akan terus berdoa dan bersolat hajat agar pesawat MH370 akan dijumpai dengan keadaan selamat seadanya.

01 Mac 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT QARYAH MASJID JAMEK KUBANG ULU DAN JKKP PERMATANG PAUH PULAU PINANG

Satu lawatan bermaklumat dari Qaryah Masjid Jamek dan JKKP Kubang Ulu Permatang Pauh Pulau Pinang. Rombongan seramai 44 orang ini telah selamat tiba pada jam 4.30 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan Pengerusi JKKK Bukit Wan dan diikuti oleh wakil ahli rombongan. Satu tayangan video "Kampung Bukit Wan Hari Ini" telah ditayangkan dan sesi soal jawab terus berlangsung selepas itu. Majlis berakhir pada jam 6.30 petang.


Ketibaan rombongan disambut oleh kepimpinan Kampung Bukit Wan

 Ahli rombongan sedang menonton tayangan video
 "Kampung Bukit Wan Hari Ini"



Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) sedang menyampaikan
ucapan alu aluan kepada peserta rombongan.
 Cenderahati dari Wakil JKKP Kubang Ulu kepada JKKK Bukit Wan
 Cenderahati dari Bukit Wan kepada Wakil JKKP Kubang Ulu