24 April 2010

PERTANDINGAN WAU TERTUTUP KAMPUNG BUKIT WAN 2010 ANJURAN KRT (JIRAN MUDA)

Permainan wau merupakan salah satu permainan tradisional orang melayu dari zaman ke zaman. Dan sehingga kini ia terus menjadi salah satu permainan yang popular khasnya untuk masyarakat melayu yang tinggal dikampung kampung dan ia dimainkan secara bermusim mengikut keadaan cuaca semasa.
Sekarang ini "musim wau" dan di merata rata tempat ada orang bermain wau. Situasi yang sama juga terjadi Kampung Bukit Wan. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Wan melalui Jiran Muda telah mengadakan satu pertandingan wau tertutup Kampung Bukit Wan pada 23 April 2010 yang baru lalu. Pertandingan ini telah diadakan di Padang Panchur Kempas Kampung Bukit Wan dan ia telah dibahagikan kepada 2 katogeri iaitu "wau naik" dan "wau cantik". Sambutan dari penduduk kampung amat menggalakan dimana sebanyak 90 penyertaan untuk katogeri wau naik dan 14 penyertaan untuk katogeri wau cantik. Pertandingan ini berjalan lancar dengan penuh semangat kesukanan dan suasana muhibbah. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit iaitu Tuan Haji Ustaz Khazan bin Che Mat turut hadir memeriahkan pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dalam pertandingan ini johan bagi kategori wau naik telah disandang oleh Isa Abdullah (Pok Ca) dan dalam kategori wau cantik telah dimenangi oleh En Zahari Ngah.
"BERSAMA MEWARISI PERMAINAN TRADISIONAL KITA"
Untuk melihat lebih banyak gambar pertandingan ini...sila layari Facebook Kg Bukit Wan....(kgbukitwan@yahoo.com)
Poster promosi pertandingan. Antara sebahagian hadiah untuk pemenangan Bergotong royong menyediakan peralatan pertandingan. (orang muda belaka....)
Cukup meriah...inilah Kampung Bukit Wan
Antara sebahagian peminat wau...
Satu perbincangan 4 penjuru...
(Repin,Zahari, Mat Nong dan Din Che Rahimah)
Antara kaum ibu ramai yang hadir...
Tiga serangkai (Li, Pirdaus dan Arif)...yang mencari
kelainan dari yang lain. Siap minum Red Bull lagi.
Ukur...jangan dok ukur. (Fadli) seorang pengadil
sedang mengukur tali salah seorang peserta.
Barisan peserta yang bersedia untuk memulakan pertandingan.
Wau cantik... antara sebahagian wau yang dipertandingkan.
Cowboy pun main wau sekarang...lagak dan
gaya peserta pertandingan...
(Arif dan Lee)
Bergambar kenang kenanganan bersama wau wau
cantik...( Faris dan Faiz)
Tiga peserta genarasi baru yang bakal mewarisi
permainan tradisional ini...
Pengadil Wau Cantik...Cikgu Aziz, YB Ustaz Khazan dan
Ustaz Kamaruddin...sedang membuat penilaian
untuk mencari wau tercantik.
Salah seorang penjunjung sedang menerima hadiah
cabutan bertuah yang disampaikan oleh
YB Ustaz Khazan.
En Saidi..juga antara yang bertuah mendapat hadiah.
Jusoh Mohammad (Awang Pok Da) telah mendapat
tempatke 2 dan ke 3 dalam kategori wau naik.
Awang Din...Naib Johan dalam katogeri wau cantik....
sedang menerima hadiah yang berupa medal,
wang tunai dan hamper dari YB Ustaz Khazan sambil
diperhatikan oleh Pengerusi KRT..Che Harun Ismail.
Johan (wau naik) Pok De Musa...sempat bergambar
kenang kenangan bersama YB Ustaz Khazan dan
PengerusiKRT (Che Harun) serta Setiausaha KRT
(Ambak Ismail).
Johan Kategori Wau Cantik...En Zahari Ngah bersama
waucantiknya sedang menerima hadiah
dari YB Ustaz Khazan.
Jusoh Mohammad (Awang Pok Da) bersama hadiah
hadiah yang telah dimenanginya.
Antara sebahagian barisan kepimpinan KRT Kg Bukit Wan
bersama YB Ustaz Khazan bergambar dengan wau wau
cantik yang dipertandingkan.