
24 November 2011
05 November 2011
PROGRAM JOM KE MASJID
Pada 4 Disember 2011 bertempat di Dataran Masjid Kampung Bukit Wan telah diadakan satu pertandingan futsal dan bola jaring . Disamping itu pada sebelah petangnya diadakan pertandingan Azam, bacaan dalam sembahayang dan menghafal Al Quran. Program ini yang dianjurkan oleh Jabatan Hel Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa JKKK Kampung Bukit Wan. Program ini bermula jam 8.30 pagi dengan gotong royong melampah daging diperkarangan masjid untuk dijadikan hidangan tengahari. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakan dikalangan belia dan beliawanis kampung. Walaupun cuaca pada hari tersebut dalam keadaan hujan, namun program tersebut terus berjalan lancar. Program ini turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit iaitu YB Ustaz Khazan bin Che Mat.
Acara bola jaring sedang berlangsung

Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Che Harun Ismail)...sedang
bertanya khabar dengan dengan penduduk kampung

Pungut gula gula turut diadakan untuk kanak kanak Tadika


Langgan:
Catatan (Atom)