Pada 28 April 2012 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK Bukit Wan) telah bertolak Australia bagi mengikuti satu lawatan bermaklumat. Lawatan ini adalah sebagai hadiah johan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2012. Rombongan yang terdiri daripada 14 orang ahli jawatankuasa dan 2 Penghulu Mukim serta pegawai pengiring dari pada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Lawatan ini tertumpu di Melbourne dan kawasan menarik disekitar bandar tersebut. Peserta rombongan ini menginap di Hotel Swannstton ditengah Bandaraya Melbourne. Lawatan tersebut banyak memberi manafaat dan pengalaman baru kepada semua peserta rombongan. Suhu sekitar 15"C benar benar menguji ketahanan peserta lawatan. Rombongan berangkat pulang pada 3 Mei 2012. MELBOURNE...SEE YOU AGAIN....iiii.