02 Disember 2013
KELAB SNOOKER BELIA BUKIT WAN
Permainan snooker atau nama lain “billiard” adalah jenis sukan yang diminat oleh golongan muda. Dengan usaha pemuda dan juga pihak JKKK Bukit Wan, kini terdapat satu pusat snooker dikampung
Bukit Wan yang dikenali Pusat Snooker Generasi “Y” Bukit Wan. Ia ditubuhkan pada Julai 2013. Okjebtif utama penubuhan pusat ini adalah untuk membendung golangan belia dari terdedah dengan gejala sosial dan unsur unsur negatif. Pusat ini dibuka dari jam 2.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari. Dengan wujudnya pusat ini, maka golongan belia dapat bermain dan berkumpul serta bertukar tukar fikiran. Pusat ini dipantau oleh JKKK supaya ia tidak terdedah dengan unsur unsur negatif yang menggagalkan okjebtif penubuhannya. Sehingga kini Pusat Snooker Generasi “Y” memberi impak yang amat berguna untuk generasi muda kerana ia berfungsi sebagai tempat riadah yang mudah dikawal selia oleh pihak JKKK.
20 November 2013
19 November 2013
13 November 2013
12 November 2013
11 November 2013
16 Oktober 2013
21 September 2013
11 September 2013
02 September 2013
KAYUAHAN MERDEKA ANAK ANAK KAMPUNG BUKIT WAN 2013
Pada tanggal 31 Ogos tiap tiap tahun, kita pasti akan teringatkan tarikh keramat ini dan sejarah bermulanya pemerintahan sendiri negara kita Malaysia. Semangat kemerdekaan mestilah sentiasa diterap kepada semua rakyat khasnya generasi muda masa kini sebagai tanda rasa cinta kita kepada tanah air yang bertuah ini. Di Kampung Bukit Wan khasnya pihak JKKK sentiasa memikirkan program program yang berfaedah untuk penduduk kampung dari masa ke semasa. Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tahun ini (2013) pihak JKKK telah lama merancang untuk mengadakan "Program Kayuhan Merdeka". Program ini merupakan acara tahunan JKKK Bukit Wan dan ia telah tersenarai dalam kalender tahunan JKKK.
22 Ogos 2013
PERSATUAN BOLA JARING BUKIT WAN (PBJBW)
BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI.
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
15 Ogos 2013
13 Ogos 2013
18 Julai 2013
10 Jun 2013
16 Mei 2013
15 Mei 2013
13 Mei 2013
03 Mei 2013
KAMPUNG BUKIT WAN JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2012.
Sejarah telah dilakar, sesuatu yang tidak pernah sebelum ini. Impian menjadi realiti. Pada 1 Mei 2013 adalah satu tarikh yang cukup bermakna Kampung Bukit Wan kerana telah diumumkan sebagai Johan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis ini telah dihadiri oleh pemimpin no 1 negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isteri.
Kepimpinan JKKK Bukit Wan sedang menunggu kehadiran Perdana Menteri.
Puteri puteri Kampung Bukit Wan
Amalan kerjasama yang sentiasa dipupuk untuk memastikan kampung sentiasa bersih dan ceria menjadi resipi utama kejayaan Kampung Bukit Wan dinobatkan juara bersama Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012
Dengan kemenangan ini Kampung Bukit Wan menerima hadiah wang tunai RM225,000 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bukit Wan, Ambak Ismail, 42, berkata sikap bermuafakat 450 warga kampung itu membuahkan hasil apabila usaha keras mereka dizahirkan kepada umum menerusi anugerah itu.
“Kami gembira dengan kemenangan ini walaupun berkongsi dengan Kampung Jambi Johor. Kejayaan ini bertambah manis kerana hadiah disampaikan sendiri Perdana Menteri
“Kunjungan Datuk Seri Najib ke kampung kami menjadi pembakar semangat yang sangat bernilai untuk terus mengekalkan prestasi ini,” katanya sambil menambah pihaknya merancang menggunakan wang berkenaan untuk membuka ladang sawit dan menubuhkan koperasi untuk warga kampung itu.
“Kami yakin dengan usaha yang kami jalankan. Selama tiga tahun kami bertungkus-lumus memastikan kampung kami ceria, bersih dan mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan.
“Kemenangan ini memberi motivasi kepada penduduk untuk memastikan Kampung Bukit Wan terus kekal sebagai desa contoh,” katanya.
Sementara itu, Kampung Tanjung Parang, Samarahan, Sabah yang menduduki tempat kedua menerima RM170,000 manakala Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka menduduki tempat ketiga membawa pulang RM115,000.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.
Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Hj Wan Nawawi) sedang menerima tropi kemenangan dari Perdana Menteri bagi pihak JKKK Bukit Wan.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail) sedang menyampaikan cenderahati dari penduduk Kampung Bukit Wan yang berupa gasing pangkah (permainan tradisional) kepada Perdana Menteri.
JKKK Bukit Wan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib
En Ambak Ismail (S/U JKKK Bukit Wan) bergambar bersama hadiah yang dimenangi.
Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Penghulu Kanan .
Bergambar kenang kenangan bersama JKKK Kampung Jambi Johor yang johan bersama
ADC Peringkat Kebangsaan 2012.
Barisan Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambat bersama hadiah yang dimenangi.
Puteri Puteri Kampung Bukit Wan yang menyambut kehadiran Perdana Menteri
Langgan:
Catatan (Atom)