19 April 2014

PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KAMPUNG BUKIT WAN ANJURAN RUKUN TETANGGA (KRT) BUKIT WAN 1 / 2014

Pihak Kepimpinan Kampung Bukit Wan sentiasa merancang program kemasyarakatan untuk penduduknya bagi mengekalkan semangat pepaduan dan kemesraan dikalangan penduduk. Melalui pertubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Wan, satu Pertandingan Memancing Tertutup Kampung Bukit Wan telah diadakan pada 18 April 2014 bertempat di Pancur Bingal.  Penyertaan ini terbuka kepada semua penduduk Kampung Bukit Wan sahaja. Pertandingan ini dibahagian kepada 4 kategori iaitu katogeri lelaki dewasa, wanita dewasa, kategori veteren dan kategori kanak kanak. Selain dari itu pihak penganjur juga turut menyediakan 40 hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung dan pemancing. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan kerjasama JKKK Bukit Wan. Ternyata program ini memdapat sambutan yang amat memberansangkan. Dengan adanya program yang seperti ini maka secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara pendudukan kampung dalam semua golongan. Program pertandingan ini turut dihadiri oleh  En Ahmad Rizal Bin Abdul Razak  (Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Intergari Nasional Daerah Kuala Terengganu)
Semangat memancing...
Sesi pendaftaran peserta memancing dan nombor bertuah.
Ternyata program ini mendapat sambutan yang hebat.
Pancur Binjal diserbu oleh kaki pancing
Suasana pertandingan memancing Kampung Bukit Wan
Kanak kanak turut menyertai program ini.
Antara hadiah dan hamper untuk pemenang dan yang bertuah.
En Ahmad Rizal Abdul Razak (Pegawai KRT daerah Kuala Terengganu) 
bersama Timbalan Pengerusi KRT Bukit Wan (Pengerusi JKKK)
Hamper untuk yang bertuah...
 Timbalan Pengerusi KRT Bukit Wan (Pengerusi JKKK) 
Tn Hj Chek Harun Ismail sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang
 Pihak KRT turut menyediakan minum petang untuk semua pengunjung
...bubur kacang / roti serta minuman.
Pengerusi KRT Bukit Wan...En Madzuki Abdul Ghani sedang 
menyampaikan hadiah kepada pemenang
Dari kiri... En Ahmad Rizal (Pegawai KRT), Tn Hj Chek Harun Ismail 
(Pengerusi JKKK  - Timb Peng KRT), En Madzuki Ghani (Pengerusi KRT)
dan peserta memancing yang bertuah.