SEJARAH KAMPUNG

 
 Nama Wan Seman atau pun pangilan mesra dengan nama Ayah Ku adalah satu nama yang cukup disegani didaerah Kuala Terengganu ketika itu. Beliau merupakan seorang yang berketurunan raja dan juga seorang berdarah pendekar serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang agama. Pada suatu hari beliau telah keluar dari Kuala Terengganu melalui Sungai Terengganu dengan menaiki sampan bersama En Abu Bakar bin Abdullah iaitu seorang jurukayuh sampan lalu terus menuju ke Sungai Nerus. Setelah penat berkayuh, beliau telah berhenti rehat di Sungai Tepoh. Apabila sampai disitu, beliau terus menuju ke sebuah bukit dan terus bermalam disitu. Keesokkan hari beliau meninjau-ninjau kawasan tersebut dan didapati kawasan tersebut sesuai untuk berkebun(dusun). Kawasan tersebut dipenuhi dengan hutan rimba dan binatang buas.

Setelah beberapa tahun, beliau dan jurukayuhnya berulang-alik ke kawasan tersebut dan beliau mula membina sebuah rumah. Beliau menebang pokok-pokok balak dan membelah pokok-pokok tersebut dengan menggunakan gergaji yang bernama Gergaji Beralang untuk membina rumah tersebut. Bermula pada masa itulah beliau menetap di kawasan tersebut dan sahabat-sahabat beliau pun mengikuti jejak langkah beliau pergi membuka kawasan tersebut untuk dijadikan penempatan. Setelah itu kawasan penempatan tersebut dengan nama BUKIT WAN sempena nama beliau dan kekal sehingga ke hari ini.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

SENARAI NAMA KETUA KAMPUNG
BUKIT WAN


ALLAHYARHAM SUDIN BIN LATIF
(TIADA GAMBAR)
( TIDAK DIKETAHUI - 1974)

ALLAHYARHAM MAMAT BIN MAT ZIN
(1976 - 1983)

ALLAHYARHAM AWANG BIN SUDIN
(3175414)
 (1984 - 2001)
Meninggal pada 30 Mei 2001- 

TN HJ CHIK BIN MAMAT
(2001 - 2005)

TN HJ CHEK HARUN BIN ISMAIL
(2005 - SEKARANG)