23 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA KAMPUNG BUKIT WAN 2010

Majlis berbuka puasa sudah menjadi satu kelaziman apabila berada di bulan Ramadhan. Disana sini ada kedengaran undangan majlis berbuka puasa sama ada dimasjid masjid mahu pun disurau surau serta dirumah rumah perseorangan. Untuk tahun ini majlis berbuka puasa bagi peringkat kampung Bukit Wan telah diadakan pada 21 Julai 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431H bertempat di Masjid Kampung Bukit Wan. Pada sebelah pagi telah diadakan majlis gotong royong melampah daging dimana 1 ekor lembu dan 1 ekor kerbau telah disembelih untuk dijadikan lauk. Daging daging itu akan diagihkan mengikut tempahan yang telah dibuat oleh penduduk kampung untuk dimasak dirumah masing masing dengan beranika respi. Setelah selesai solat Asar, lauk lauk itu akan dihantar ke masjid untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. Pihak ajk masjid telah menjemput semua penduduk kampung dan penduduk penduduk dari kampung yang berjiran seperti Kg Gong Lingai, Kg Lingai, Kg Bukit Nenasi, Kg Pondok Lalang dan Kg Bukit Cempaka serta orang orang kenamaan dalam Dun Batu Rakit.

Bergotong royong....

Daging diagih mengikut tempahan...

Barisan kepimpinan kampung bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Antara jemputan yang hadir....

hulkali...turut sama pada majlis ini.

Ajk masjid (En Aziz dan Pok Ngah)...menunjuk tempat kosong untuk tetemu.

UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR, SILA LAYARI FACEBOOK KAMPUNG BUKIT WAN...kgbukitwan@yahoo.com

Tiada ulasan: