30 Januari 2011

PROGRAM ANAK ANGKAT BERSAMA PERSATUAN MAHASISWA TERENGGANU

Pada 29 Januari 2011 (Sabtu), Kampung Bukit Wan terus menjadi pilihan untuk dijadikan Keluarga Angkat bagi Institut Pengajian Tinggi Awam. Yang terbaru ini adalah pelajar pelajar dari Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi seramai 77 orang. Rombongan ini pelajar tiba di Kampung Bukit Wan pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas. Ia telah disambut oleh pihak JKKK Bukit Wan serta penduduk kampung. Sebaik tiba, pelajar ini terus diberi taklimat tentang kampung serta program program yang bakal dijalankan nanti. Antara program yang dijalankan adalah gotong royong, membaja jagung dan sukanneka. Pada majlis ini anak anak angkat akan diserahkan kepada angkat masing masing. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit) di Bangunan Rukun Tetangga Kampung Bukit Wan.
Kepimpinan kampung bersama pelajar pelajar.
Sesi taklimat dan penerangan disampaikan oleh
En Ambak Ismail (S/U) JKKK.
Ketibaan YB Ustaz Khazan disambut oleh
pihak JKKK Kampung.
Antara sebahagian penduduk kampung
yang hadir.
Turut hadir...En Hanif (Pegawai Khas YB Khazan)
dan wartawan wartawan
Barisan kepimpinan kampung bersama
YB Ustaz Khazan dan wakil pelajar.
Pengerusi JKKK ..Tn Hj Chek Harun bin Ismail
sedang menyampaikan ucapkan alu aluan.
YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan
ucapan dan merasmikan program ini.
Keluarga angkat bersama anak anak angkat
bergambar bersama YB Ustaz Khazan dan
Pengerusi JKKK.
YB Ustaz Khazan dikerumuni oleh pelajar pelajar dan
ada sesuatu yang diperkatakannya.

ULAR SAWA BATIK GEMPARKAN PENDUDUK KAMPUNG

Pada 27 Januari 2011. Jam 11.15 malam, Kampung Bukit Wan telah digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa batik yang besar di Panchur Kempas. Ianya telah dijumpai oleh 2 orang pemuda yang sedang berjalan dikawasan itu. Setelah berita penemuan itu tersebar, maka ramailah penduduk kampung yang tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat sendiri reptilia itu dan ia bagaikan satu pesta. Ular itu yang berukuran panjang 20 kaki dan beratnya lebih kurang 100 kg merupakan ular sawa yang paling besar yang pernah dijumpai di Kampung Bukit Wan setakat ini. Ular sawa itu telah diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam pada malam itu juga
.

22 Januari 2011

GOTONG ROYONG TANAM JAGUNG MANIS

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan program program kemasyarakatannya. Pada 22 Januari 2011 jam 5.00 petang bertempat di Pancur Kempas Bukit Wan telah diadakan satu "Program Tanam Jagung Manis" secara gotong royong dengan melibatkan seluruh penduduk kampung. Idea program ini telah dicetuskan oleh pihak JKKK dalam satu mesyuarat JKKK baru baru ini. Walaupun kini pihak JKKK bergitu sibuk dalam persiapan bagi menghadapi Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Daerah Kuala Terengganu namun tetap jua memikirkan program kemasyarakatan ini. Pada program ini hampir 130 orang penduduk kampung telah melibatkan diri secara sukarela dan segenap lapisan masyarakat. Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan, Tn Haji Chek Harun Bin Ismail turut sama turun padang bersama kepimpinan kampung yang lain. Kawasan tanaman yang seluas hampir 1.2 hektar ini dapat telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang bergitu singkat atas berkat semangat berkerjasama dan tolong menolong diantara satu sama lain. Program ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan diakhir program ini sedikit minum petang telah disediakan oleh pihak JKKK iaitu bubur kacang berserta roti. Pihak JKKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
"Kampung Kita Tanggungjawab Kita"
Gotong royong sedang rancak berjalan...
Aksi spontan peserta program.
Pengerusi dan S/U sedang berbincang
sesuatu...
Sepakat membawa berkat
Sepakat dan Ceria...Pengerusi, Tim Pengerusi,
Bendahari dan S/U JKKK memulakan program.
Angkat tanda puas hati...Mat Rozi
Minum petang diakhir program... bubur kacang campur roti

07 Januari 2011

LAWATAN JKKK BUKIT WAN KE PAYA RUMPUT JAYA MELAKA.

Pada 28 Disember 2010 yang lalu, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah mengadakan satu lawatan bermaklumat ke Paya Rumput Jaya di daerah Sungai Udang Melaka. Ahli rombangan ini terdiri dari Pengerusi JKKK (Tn Hj Chek Harun Ismail), S/U JKKK (En Ambak Ismail), Bendahari JKKK (Tn Hj Romeli Mat) serta 3 orang AJK JKKK iaitu En Rahim Muda, Tn Hj Wahab Abd Rahman dan En Mohd Abdullah. Rombongan ini juga turut dihadiri Penghulu Mukim Batu Rakit (En Zamari Abu Zih) dan En Wan Sulaiman Wan Muda (Penghulu Mukim Kanan). Tujuaan utama lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keadaan Kampung Paya Rumput Jaya yang telah muncul johan peringkat kebangsaan Anugerah Desa Cemerlang 2008. Semasa disana pihak JKKK telah dibawa melawat sekitar kampung tersebut serta turut diadakan sesi taklimat dan soal jawab. Pihak JKKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kepimpinan Paya Rumput Jaya diatas segala kerjasama dan maklumat yang diberikan.
KAMPUNG BUKIT WAN KINI KEARAH
DESA CEMERLANG
Perjalanan yang jauh pasti memenatkan...
rehat seketika.
Meninjau salah satu kawasan tanaman...
Pengerusi JKKK (Tn Hj Chek Harun) sempat
bergambar dengan replika lebah di Muzium Lebah.
Turut ikut serta...En Zamari Abu Zih
(Penghulu Mukim) dan En Wan Sulaiman Wan Muda
(Penghulu Mukim Kanan)

Sesi taklimat dan tayangan video.

Rombongan JKKK bergitu terposona... Penuh perhatian dan penuh minat...

Bergambar kenangan kenangan bersama kepimpinan Paya Rumput Jaya. Terima kasih semua.

01 Januari 2011

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010

Malaysia akhirnya menamatkan kemarau selama 14 tahun apabila muncul juara Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama menerusi kiraan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. Biarpun tewas 1-2 pada perlawanan tersebut, bekalan tiga jaringan yang dibawa ke Jakarta sudah cukup untuk menobatkan skuad bimbingan K. Rajagobal untuk muncul juara.Kami bagi pihak JKKK dan seluruh penduduk Kampung Bukit Wan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Team Harimau Malaya dan semua pihak pengurusan diatas kejayaan ini dan ia adalah satu sejarah yang indah bagi seluruh rakyat Malaysia.
TAHNIAH BUAT TEAM "HARIMAU MALAYA" ANDA ADALAH KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA.

"HARIMAU MALAYA"