Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan program program kemasyarakatannya. Pada 22 Januari 2011 jam 5.00 petang bertempat di Pancur Kempas Bukit Wan telah diadakan satu "Program Tanam Jagung Manis" secara gotong royong dengan melibatkan seluruh penduduk kampung. Idea program ini telah dicetuskan oleh pihak JKKK dalam satu mesyuarat JKKK baru baru ini. Walaupun kini pihak JKKK bergitu sibuk dalam persiapan bagi menghadapi Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Daerah Kuala Terengganu namun tetap jua memikirkan program kemasyarakatan ini. Pada program ini hampir 130 orang penduduk kampung telah melibatkan diri secara sukarela dan segenap lapisan masyarakat. Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan, Tn Haji Chek Harun Bin Ismail turut sama turun padang bersama kepimpinan kampung yang lain. Kawasan tanaman yang seluas hampir 1.2 hektar ini dapat telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang bergitu singkat atas berkat semangat berkerjasama dan tolong menolong diantara satu sama lain. Program ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan diakhir program ini sedikit minum petang telah disediakan oleh pihak JKKK iaitu bubur kacang berserta roti. Pihak JKKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
"Kampung Kita Tanggungjawab Kita"
Gotong royong sedang rancak berjalan...
Aksi spontan peserta program.
Pengerusi dan S/U sedang berbincang
sesuatu...
Sepakat membawa berkat
Sepakat dan Ceria...Pengerusi, Tim Pengerusi,
Bendahari dan S/U JKKK memulakan program.
Angkat tanda puas hati...Mat Rozi
Minum petang diakhir program...
bubur kacang campur roti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan