14 Januari 2012

LAWATAN MUHIBBAH JKKK FIKRI KE KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 13 Januari 2012, satu rombongan dari JKKK Kampung Fikri Chukai Kemaman telah datang ke Kampung Bukit Wan. Rombangan ini telah diketuai oleh Pengerusi JKKK Kampung Fikri iaitu En Mazlan Ali berserta barisan ajk dan beberapa orang penduduk kampung. Rombangan ini telah sampai di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Pengerusi JKKK iaitu En Madzuki Ghani dan barisan ajk yang lain. Majlis ini dipengerusikan oleh En Ambak Ismail selaku setiausaha JKKK Bukit Wan yang turut menyampaikan sedikit ucapan alu aluan. Majlis ini dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk "Kampung Bukit Wan Hari Ini" dan selepas itu turut diadakan sesi soaljawab, Diakhir majlis, kedua dua JKKK telah bertukar tukar cenderahati dan diadakan sesi bergambar kenang kenangan.
  
 Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan (En Madzuki Ghani)...
sedang menyambut kedatangan rombongan JKKK Fikri.

 Antara sebahagian ahli rombongan dari JKKK Fikri
 Pengerusi JKKK Fikri (En Mazlan Ali)..sedang
menyampaikanucapan.
 Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan (En Madzuki Ghani)
sedang menerima cenderahati dari JKKK Fikri.
Sesi bergambar kenang kenangan diantara kedua dua
JKKK diakhir majlis.
 Sedikit jamuan ringan disediakan

MINUM PETANG PENDUDUK KAMPUNG BERSAMA JKKK

Pada 7 Januari 2012 bertempat di Warung Pok Kie Kampung Bukit Wan telah diadakan Majlis Minum Petang bersama JKKK Bukit Wan. Majlis ini bermula jam 4.45 petang dengan kehadiran penduduk kampung yang bergitu ramai. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit dan sebahagian ahli APMT Batu Rakit. Antara menu yang disediakan ialah nasi goreng, ikan bakar, ayam bakar,kuih muih dan rojak betik special.Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan JKKK dengan penduduk kampung.
Sebahagian penduduk kampung sedang menjamu selera.

Turut hadir...Pemangku Ketua Polis Balai Batu Rakit (Pok Ku) dan Blogger
Mazlan (Penulis blog Setiu Hari Ini dan blog Batu Rakit Hari Ini) 

 

Warung Pok Kie yang baru siap dijadikan tempat majlis minum petang 

Antara dua generasi ... 


Turut hadir..YB Ustaz Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) 

04 Januari 2012

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH (POK LONG CHE HIM)

MAKLUMAN...TUAN HJ IBRAHIM BIN HJ NGAH (POK LONG CHE HIM) TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA JAM 5.00 PAGI TADI (5/1/2012) DI RUMAHNYA DI KAMPUNG BUKIT WAN KERANA SAKIT TUA (92 TAHUN). SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT....AL FATIHAH.

01 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat datang tahun baru 2012 dan selamat tinggal tahun 2011. Pastinya banyak peristiwa dan kenangan telah dicipta dan tercipta pada tahun ini dan juga ada kenangan manis dan kenangan pahit telah dilalui. Pastinya banyak sejarah telah terpahat dan tercatat dalam diari kepimpinan kampung dan juga setiap penduduk kampung. Sesuatu yang tidak pernah sebelum ini telah dilakar dan terus dilakar. Ternyata tahun 2011 telah banyak mengubah langskap kampung dan mengubah "minda" penduduk kampung dalam menuju "Desa Cemerlang". Tahun 2012 pastinya akan menjanjikan cabaran lebih hebat yang mungkin tidak terfikir oleh kita. Lantaran dari itu kita harus sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan demi kecemerlangan akan terus bersama kita.
SELAMAT TAHUN BARU 2012