14 Januari 2012

LAWATAN MUHIBBAH JKKK FIKRI KE KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 13 Januari 2012, satu rombongan dari JKKK Kampung Fikri Chukai Kemaman telah datang ke Kampung Bukit Wan. Rombangan ini telah diketuai oleh Pengerusi JKKK Kampung Fikri iaitu En Mazlan Ali berserta barisan ajk dan beberapa orang penduduk kampung. Rombangan ini telah sampai di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Pengerusi JKKK iaitu En Madzuki Ghani dan barisan ajk yang lain. Majlis ini dipengerusikan oleh En Ambak Ismail selaku setiausaha JKKK Bukit Wan yang turut menyampaikan sedikit ucapan alu aluan. Majlis ini dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk "Kampung Bukit Wan Hari Ini" dan selepas itu turut diadakan sesi soaljawab, Diakhir majlis, kedua dua JKKK telah bertukar tukar cenderahati dan diadakan sesi bergambar kenang kenangan.
  
 Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan (En Madzuki Ghani)...
sedang menyambut kedatangan rombongan JKKK Fikri.

 Antara sebahagian ahli rombongan dari JKKK Fikri
 Pengerusi JKKK Fikri (En Mazlan Ali)..sedang
menyampaikanucapan.
 Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan (En Madzuki Ghani)
sedang menerima cenderahati dari JKKK Fikri.
Sesi bergambar kenang kenangan diantara kedua dua
JKKK diakhir majlis.
 Sedikit jamuan ringan disediakan

Tiada ulasan: