30 Jun 2012

KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UMNO BUKIT WAN

Pada 29 Jun 2012, satu Kejohanan Futsal telah diadakan di Kampung Bukit Wan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan dengan kerjasama JKKK. Kejohanan ini berlangsung selama satu hari dan melibatkan seluruh penduduk kampung. Kejohanan ini dibahagikan kepada 3 ketagori iaitu bawah 40 tahun dan 41 tahun keatas serta terbuka wanita. Kejohanan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim penduduk kampung. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hj Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit). Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Pemuda DUN iaitu En Nazri dan Ketua Polis Balai Batu Rakit.

 
 

Tiada ulasan: