13 Ogos 2012

PERTANDINGAN PELITA MERDEKA RAYA 2012




Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan sentiasa berusaha dan memikirkan program untuk penduduk kampung yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Pada 11 Ogos 2012 satu Pertandingan Pelita Merdeka Raya telah berlangsung dengan meriahnya diseluruh kampung. Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negera dan sambutan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Pertandingan ini yang bertemakan "Merdeka Raya" telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh penduduk kampung. Hampir setiap rumah menyertai pertandingan ini dengan berbagai persiapan serta kemampuan sendiri. Pertandingan ini yang bermula jam 9.30 malam (11Ogos 2012) dengan berbagai aneka corak dan berwarna warni. Suasana kampung bagaikan satu pesta yang cukup meriah.


Api pelita yang disusun rapi dan menampakan perkataan
"Merdeka Aidil Fitri 1 Malaysia"

Dalam pertandingan ini pihak JKKK telah mengariskan beberapa syarat dan peraturan bagi memudahkan panel hakim menghakimi pertandingan. Antaranya, segala bahan dan peralatan yang digunakan adalah dari bahan terbuang dan berunsurkan kesenian tradisional. Pihak JKKK juga telah melantik beberapa orang hakim dari luar kampung untuk menghakimi pertandingan ini. Ternyata kesungguhan dari penduduk kampung dapat dilihat dengan terdirinya berbagai bentuk menara dan rekplika tersohor negara dengan kadar kos pembinaan yang agak tinggi. Ternyata penduduk kampung sentiasa peka dan menghayati setiap program yang dianjurkan oleh pihak JKKK.   



Sebahagian penduduk kampung sedang merakam salah satu reka bentukyang dipertandingkan.









Pelita buatan sendiri yang digunakan dalam pertandingan ini.
Para para hakim sedang bermesyuarat dan berbincang untuk mencari pemenang.