Kampung Bukit Wan sekali lagi menyertai Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu sesi 2013 / 2014. Majlis penghakiman ini telah berlangsung pada 20 Mac 2014 dibangunan KRT Bukit Wan bermula jam 8.45 pagi. Majlis ini dimulakan dengan majlis sambutan ketibaan para para hakim yang terdiri dari berbagai agensi dan jabatan kerajaan. Pihak JKKK Kampung Bukit Wan telah membuat perancangan dan persiapan yang rapi bagi menghadapi pertandingan kali ini. Pertandingan kali ini cukup sengit kerana ada beberapa buah kampung yang hebat turut sama menyertai pertandingan ini. Pada jam 8.45 pagi, rombongan para hakim telah selamat tiba di Kampung Bukit Wan dan disambut dengan paluan kompang. Para hakim hakim ini diarakan ke dewan KRT sambil diiringi oleh pembawa bunga mangar, pembawa sirih junggung, 7 orang puteri membawa bunga telur, kumpulan marhaban lelaki dan wanita serta 10 orang kanak kanak yang membawa bungai rampai dan diikuti oleh penduduk kampung.
Baner yang mengalu alukan kedatangan para para hakim ke Majlis Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2013 / 2014.
Sirih Junjung mendahalui perarakan menyambut kehadiran para hakim.
Sambutan yang cukup unit dan penuh tradisional
Memasuki dataran KRT Bukit Wan
APABILA SAMPAI DI DATARAN KRT, NYANYIAN LAGU NEGARA KU DAN
NYANYIAN LAGU KAMPUNG IAITU "KAMPUNG KU GEMILANG" OLEH PASUKAN
KOIR BUKIT WAN. SATU DEKLAMASI SAJAK "KAMPUNG BUKIT WAN HARI INI"
DIKUMANDANGKAN. PARA HAKIM DIBAWA KE DEWAN KRT UNTUK SESI
TAKLIMAT DAN SOAL JAWAB. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALU
ALUAN PENGERUSI JKKK DAN DIIKUTI DENGAN UCAPAN PENGERUSI HAKIM
DAN UCAPAN OLEH YB HJ BAZLAN ABD RAHMAN (ADUN BATU RAKIT).
SATU TAYANGAN VIDEO "KAMPUNG BUKIT WAN HARI INI" DIPERSEMBAHKAN
DAN SESI TAKLIMAT OLEH PENGERUSI JKKK BUKIT WAN DAN SESI SOAL
JAWAB. MAJLIS BERAKHIR JAM 12.00 TENGAHARI
Puteri puteri Bukit Wan bersama bunga telur
Artis Kampung...kumpulan koir menyanyikan lagu negara ku
dan lagu "Kampung Ku Gemilang"
Produk produk kampung turut dipamerkan kepada para hakim.
Di dalam dewan... sesi taklimat dan soal jawab diadakan.
Produk kampung turut menjadi perhatian para hakim.
Cenderahati untuk ketua hakim disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Bergambar kenang kenangan...Kepimpinan Kampung,
para para hakim dan puteri puteri Kampung Bukit Wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan