12 Februari 2014

MESYUARAT KHAS JKKK BUKIT WAN BERSAMA PEGAWAI PLKN DAN PDRM

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang "Program Khidmat Komuniti Pelatih PLKN Kem Merang Suria Kumpulan 1 / 11 2014 yang dijadualkan pada 24 Ferruari 2014 di Kampung Bukit Wan. Beberapa agensi kerajaan akan turut terlibat dalam program ini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penerangan , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tourism Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tuan Haji Chek Harun Bin Ismail.





Tiada ulasan: