20 Mac 2014

MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013 / 2014.

Kampung Bukit Wan sekali lagi menyertai Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu sesi 2013 / 2014. Majlis penghakiman ini telah berlangsung pada 20 Mac 2014 dibangunan KRT Bukit Wan bermula jam 8.45 pagi. Majlis ini dimulakan dengan majlis sambutan ketibaan para para hakim yang terdiri dari berbagai agensi dan jabatan kerajaan. Pihak JKKK Kampung Bukit Wan telah membuat perancangan dan persiapan yang rapi bagi menghadapi pertandingan kali ini. Pertandingan kali ini cukup sengit kerana ada beberapa buah kampung yang hebat turut sama menyertai pertandingan ini. Pada jam 8.45 pagi, rombongan para hakim telah selamat tiba di Kampung Bukit Wan dan disambut dengan paluan kompang. Para hakim hakim ini diarakan ke dewan KRT sambil diiringi oleh pembawa bunga mangar, pembawa sirih junggung, 7 orang puteri membawa bunga telur, kumpulan marhaban lelaki dan wanita serta 10 orang kanak kanak yang membawa bungai rampai dan diikuti oleh penduduk kampung. 


Baner yang mengalu alukan kedatangan para para hakim ke Majlis Penghakiman Pertandingan Kebersihan  dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2013 / 2014.
Sirih Junjung mendahalui perarakan menyambut kehadiran para hakim.
Sambutan yang cukup unit dan penuh tradisional 
Memasuki dataran KRT Bukit Wan

APABILA SAMPAI DI DATARAN KRT, NYANYIAN LAGU NEGARA KU DAN
NYANYIAN LAGU KAMPUNG IAITU "KAMPUNG KU GEMILANG" OLEH PASUKAN 
KOIR BUKIT WAN. SATU DEKLAMASI SAJAK "KAMPUNG BUKIT WAN HARI INI" 
DIKUMANDANGKAN. PARA HAKIM DIBAWA KE DEWAN KRT UNTUK SESI 
TAKLIMAT DAN SOAL JAWAB. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALU 
ALUAN PENGERUSI JKKK DAN DIIKUTI DENGAN UCAPAN PENGERUSI HAKIM
DAN UCAPAN OLEH YB HJ BAZLAN ABD RAHMAN (ADUN BATU RAKIT).
SATU TAYANGAN VIDEO "KAMPUNG BUKIT WAN HARI INI" DIPERSEMBAHKAN 
DAN SESI TAKLIMAT OLEH PENGERUSI JKKK BUKIT WAN DAN SESI SOAL 
JAWAB. MAJLIS BERAKHIR JAM 12.00 TENGAHARI

Puteri puteri Bukit Wan bersama bunga telur
Artis Kampung...kumpulan koir menyanyikan lagu negara ku 
dan lagu "Kampung Ku Gemilang"
Produk produk kampung turut dipamerkan kepada para hakim.
Di dalam dewan... sesi taklimat dan soal jawab diadakan.
Produk kampung turut menjadi perhatian para hakim.
Cenderahati untuk ketua hakim disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Bergambar kenang kenangan...Kepimpinan Kampung, 
para para hakim dan puteri puteri Kampung Bukit Wan

09 Mac 2014

DOA UNTUK MH370

Kami penduduk Kampung Bukit Wan akan terus berdoa dan bersolat hajat agar pesawat MH370 akan dijumpai dengan keadaan selamat seadanya.

01 Mac 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT QARYAH MASJID JAMEK KUBANG ULU DAN JKKP PERMATANG PAUH PULAU PINANG

Satu lawatan bermaklumat dari Qaryah Masjid Jamek dan JKKP Kubang Ulu Permatang Pauh Pulau Pinang. Rombongan seramai 44 orang ini telah selamat tiba pada jam 4.30 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan Pengerusi JKKK Bukit Wan dan diikuti oleh wakil ahli rombongan. Satu tayangan video "Kampung Bukit Wan Hari Ini" telah ditayangkan dan sesi soal jawab terus berlangsung selepas itu. Majlis berakhir pada jam 6.30 petang.


Ketibaan rombongan disambut oleh kepimpinan Kampung Bukit Wan

 Ahli rombongan sedang menonton tayangan video
 "Kampung Bukit Wan Hari Ini"



Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) sedang menyampaikan
ucapan alu aluan kepada peserta rombongan.
 Cenderahati dari Wakil JKKP Kubang Ulu kepada JKKK Bukit Wan
 Cenderahati dari Bukit Wan kepada Wakil JKKP Kubang Ulu