28 November 2009

MAJLIS KORBAN HARI RAYA HAJI (AIDIL ADHA) KAMPUNG BUKIT WAN 2009

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail. Bagi masyarakat di Kampung Bukit Wan perkara ini telah menjadi seperti acara tradisi setiap kali menjelang Aidil Adha. Ramai anak anak kampung yang berkerja diperantuan telah pulang ke kampung sama seperti hari raya Aidilfitri dan keadaan kampung menjadi semakin meriah. Pada tahun ini masyarakat Kampung Bukit Wan telah mengorbankan sebanyak 6 ekor lembu iaitu 2 ekor di hari raya pertama dan 4 ekor di hari raya kedua. Majlis sembelihan dan melampah daging ini telah dijalankan secara bergotong royong dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Iman Masjid Bukit Wan iaitu Tuan Haji Abdullah atau lebih mesra dengan pangilan Pok Su Haji telah menyempurnakan kesemua sembelihan tersebut. Daging daging korban ini akan diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan serta ada diantaranya juga membuat lauk pauk dan menjemput orang ramai menjemu selera.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Kerja lampah daging bermula. Ramai yang hadir termasuk
"orang KL"
"Sepakat memang membawa berkat"
Pakat bedah... sedang buat pembedahan
Malang tidak berbau. Seorang peserta telah terkena
pisau pada tangan...(8 jahit)... Mat Ye.
Nak wat guana perut ni...Ripin dan Pain.
Golongan belia juga turut sama melampah daging...
satu perkara yang amat positif. Tahniah...
Orang KL (baju putih ...Zaidi)...tak kan tengok saja kok...
Wana "Berebut ekor" ke...

MAJLIS "BAKAR AYAM" BERSAMA PEMUDA DAN BELIA KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 24 November 2009, satu program "Bakar Ayam" bersama pemuda telah dijalankan di Kampung Bukit Wan. Program ini telah dirancang oleh Ketua Pemuda Umno Kg Bukit Wan iaitu Saudara Ambak bin Ismail dengan kerjasama JKKK dan Belia 4B Bukit Wan. Ternyata program ini telah mendapat sambutan seperti apa yang telah dirancang. Boleh dikira hampir kesemua pemuda dalam kampung Bukit Wan telah menyertai program ini walaupun dalam keadaan hujan renyai renyai. Program ini bermula selepas Isyak dengan pemuda membakar ayam disamping itu satu tayangan slide tentang program dan kejayaan kampung pun turut diadakan. Pengerusi JKKK (Che Harun) pun turut sama dalam program. Dalam pada itu program ini turut dihadiri oleh Usatz Kamaruddin (PA YB Khazan) dan beberapa Pemuda DUN Batu Rakit. Ketua Polis Balai Batu Rakit (Pok Lah) turut sama hadir dalam program ini. Tujuan utama program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim penduduk setempat khasnya sesama pemuda. Disamping itu kita dapat mengenal pasti apa permasalahan mereka dan apa hasrat mereka. Pada program ini antara menu yang disediakan ialah nasi goreng special berserta ayam bakar.
"PEMUDA HARI INI ADALAH PEWARIS GENERASI AKAN DATANG"
Tiga pemuda sedang tekun membakar ayam...
dari kiri Awang Dan, Mizi dan Fizi.
Suasana semasa program berlangsung walaupun
dalam keadaan hujan renyai renyai.
Nasi goreng memang sedap.
Ramai Pak Pak Aji dari masjid terus ke sini untuk
sama menjamu selera bersama pemuda.
Antara barisan pemuda sedang menjamu selera.
Yang makan ayam saja pun ramai...tengok lah tu.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 11 November 2009 bertempat di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad bin Said. Dalam majlis ini Kampung Bukit Wan juga turut menerima sebahagian hadiah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun ini Kampung Bukit Wan telah mendapat tempat ke - 3 dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2009. Dengan kemenangan ini JKKK Kampung Bukit Wan telah menerima hadiah wang tunai Rm 4000. Hadiah ini telah disampaikan oleh Dato Mokhtar Nong iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (Che Harun bin Ismail) telah menghadiri majlis tersebut dan menerima hadiah tersebut. Turut hadir pada majlis itu ialah En Ambak bin Ismail selaku Setiausaha JKKK. Mungkin segala usaha dan penat lelah selama ini telah berhasil.Untuk tahun depan kita akan mencuba dengan persediaan yang lebih hebat dan terkini. Bagi mencapai hasrat itu semua pihak dalam Jkkk dan semua penduduk kampung perlu membuat persediaan dari sekarang agar ia lebih menyeluruh dalam semua aspek penghakiman nanti.
"BERANI BERUBAH DEMI IMPIAN"
Barisan Pemenang Pemenang Anugerah Desa
Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu
Bergambar Kenang Kenangan
Bersama Dato MB Terengganu.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Che Harun) sedang
menerima hadiah dari Dato Mokhtar Nong.
(Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu)
Che Harun (tiga dari kiri) bersama replika cek
turut bergambar kenang kenangan. En Ambak (S/U JKKK)... sempat juga bergambar bersama replika cek yang telah dimenangi. Hasil kerja keras dari semua pihak dan mungkin ini adalah sebahagian dari hasilnya. Kita (Bukit Wan) Tempat Ke - 3 dapat RM 4000. Tahniah buat Pengurusan JKKK Bukit Wan. Tahun depan kita cuba lagi dengan lebih kesungguhan.

25 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya Aidil Adha, selamat menjalani ibadah korban. Semoga pergorbanan kita akan mendapat redha Ilahi. Insya-Allah. Dikesempatan ini bagi pihak JKKK kampung Bukit Wan ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah Haji buat Tuan Haji Che Awang bin Haji Ngah (Tok Iman) dan isteri serta En Ali bin Mat Zin (Tok Iman) dan isteri. Semoga dapat haji yang mabrur. InsyaAllah. Moga dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menyempurnakannya serta selamat kembali ke kampung halaman.