28 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 11 November 2009 bertempat di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad bin Said. Dalam majlis ini Kampung Bukit Wan juga turut menerima sebahagian hadiah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun ini Kampung Bukit Wan telah mendapat tempat ke - 3 dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2009. Dengan kemenangan ini JKKK Kampung Bukit Wan telah menerima hadiah wang tunai Rm 4000. Hadiah ini telah disampaikan oleh Dato Mokhtar Nong iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (Che Harun bin Ismail) telah menghadiri majlis tersebut dan menerima hadiah tersebut. Turut hadir pada majlis itu ialah En Ambak bin Ismail selaku Setiausaha JKKK. Mungkin segala usaha dan penat lelah selama ini telah berhasil.Untuk tahun depan kita akan mencuba dengan persediaan yang lebih hebat dan terkini. Bagi mencapai hasrat itu semua pihak dalam Jkkk dan semua penduduk kampung perlu membuat persediaan dari sekarang agar ia lebih menyeluruh dalam semua aspek penghakiman nanti.
"BERANI BERUBAH DEMI IMPIAN"
Barisan Pemenang Pemenang Anugerah Desa
Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu
Bergambar Kenang Kenangan
Bersama Dato MB Terengganu.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Che Harun) sedang
menerima hadiah dari Dato Mokhtar Nong.
(Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu)
Che Harun (tiga dari kiri) bersama replika cek
turut bergambar kenang kenangan. En Ambak (S/U JKKK)... sempat juga bergambar bersama replika cek yang telah dimenangi. Hasil kerja keras dari semua pihak dan mungkin ini adalah sebahagian dari hasilnya. Kita (Bukit Wan) Tempat Ke - 3 dapat RM 4000. Tahniah buat Pengurusan JKKK Bukit Wan. Tahun depan kita cuba lagi dengan lebih kesungguhan.

Tiada ulasan: