28 November 2009

MAJLIS KORBAN HARI RAYA HAJI (AIDIL ADHA) KAMPUNG BUKIT WAN 2009

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail. Bagi masyarakat di Kampung Bukit Wan perkara ini telah menjadi seperti acara tradisi setiap kali menjelang Aidil Adha. Ramai anak anak kampung yang berkerja diperantuan telah pulang ke kampung sama seperti hari raya Aidilfitri dan keadaan kampung menjadi semakin meriah. Pada tahun ini masyarakat Kampung Bukit Wan telah mengorbankan sebanyak 6 ekor lembu iaitu 2 ekor di hari raya pertama dan 4 ekor di hari raya kedua. Majlis sembelihan dan melampah daging ini telah dijalankan secara bergotong royong dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Iman Masjid Bukit Wan iaitu Tuan Haji Abdullah atau lebih mesra dengan pangilan Pok Su Haji telah menyempurnakan kesemua sembelihan tersebut. Daging daging korban ini akan diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan serta ada diantaranya juga membuat lauk pauk dan menjemput orang ramai menjemu selera.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Kerja lampah daging bermula. Ramai yang hadir termasuk
"orang KL"
"Sepakat memang membawa berkat"
Pakat bedah... sedang buat pembedahan
Malang tidak berbau. Seorang peserta telah terkena
pisau pada tangan...(8 jahit)... Mat Ye.
Nak wat guana perut ni...Ripin dan Pain.
Golongan belia juga turut sama melampah daging...
satu perkara yang amat positif. Tahniah...
Orang KL (baju putih ...Zaidi)...tak kan tengok saja kok...
Wana "Berebut ekor" ke...

Tiada ulasan: