13 September 2010

SUASANA HARI RAYA DIKAMPUNG BUKIT WAN

Hari Raya Aidilfitri pastinya cukup meriah disana sini, bergitu jualah di Kampung Bukit Wan. Dari malam raya sampai ke awal pagi takbir raya terus bergema dimasjid. Suasana yang shahdu ini cukup menyentuh perasaan dan hati bagi sesiapa yang betul betul menghayatinya. Di awal pagi lagi telah ramai penduduk kampung mula menuju kemasjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Tahun ini telah mencatat satu sejarah dimana sebahagian para jemaah terpaksa sembahayang diluar masjid kerana terlalu ramai dan hal ini jarang sekali berlaku di Masjid Bukit Wan. Ini kerana bergitu ramai anak anak perantau telah pulang kekampung untuk beraya bersama keluarga dan sahabat handai dikampung. Selesai sahaja solat sunat hari raya, semua penduduk kampung terus berdiri disaf masing masing dan bersalam salaman bermula dari saf hadapan hingga ke saf belakang termasuk kanak kanak. Dengan ini semua orang akan bersalam salaman diantara satu sama yang lain. Perkara ini telah menjadi satu tradisi dan budaya penduduk Kampung Bukit Wan pada setiap kali hari raya. Budaya kunjung menjungjung juga telah menjadi sesuatu yang lumrah dari turun temurun. Semangat muhibbah dan ikatan persaudaraan jelas kelihatan diantara satu sama yang lain. Semoga budaya dan tradisi ini akan berteruskan pada satu generasi kesatu generasi dalam masyarakat kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Yol...anak perantau yang pulang beraya
dikampung...cukup gembira.
Bersalam dalam barisan...
Bermaaf maafan lah kita dihari raya ini...
Hulkali bersama Pengerusi JKKK Bukit Wan
En Badri turut bergambar bersama Pengerusi
JKKK Bukit Wan..En Harun Ismail.

08 September 2010

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penulis Blog (Hulkali) kerana telah berjaya mencipta satu laman blog (wwwbukitwan.blogspot.com) untuk tatapan warga Kampung Bukit Wan khasnya dan juga untuk tatapan sesiapa jua amnya. Maka dengan ini Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan telah mengambil satu langkah untuk menjadikan pentadbiran JKKK Kampung Bukit Wan ini agar lebih interaktif khususnya dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan dunia yang tanpa sempadan ini. Dengan wujudnya laman blog ini ianya diharapkan agar dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja pihak JKKK Kampung Bukit Wan malah juga untuk warga kampung dan semua pihak yang ingin berkongsi idea dan mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti yang berlaku di Kampung Bukit Wan ini. Selain itu blog ini juga akan dapat membantu memperkenalkan Kampung ini di peringkat negeri, nasional dan juga di peringkat global. Sekian Terima Kasih . Wassalamualaikum .

06 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA JKKK BUKIT WAN

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah berjaya mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama semua ahli ajk jkkk dan berapa berapa orang tetamu jemputan. Majlis ini telah diadakan disebuah restoran di Gong Badak pada 3 September 2010 yang baru lalu. Program ini telah menjadi acara tahunan apabila tibanya Ramadhan. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Khas YB Khazan, Penghulu Mukim dan Ketua Polis Batu Rakit serta berapa orang anggotanya. Berbincang sesuatu sementara menunggu masa berbuka..

Turut hadir...2 Tok Bilal kita.(Che Azih dan Pok Wahab)

Hulkali...turut dijemput sama dalam majlis ini.
Antara menu yang dihidangkan... Lambat lagi ke nak buka... Pengerusi JKKK Bukit Wan..En Harun Ismail bersama Pegawai Khas YB Khazan.