13 September 2010

SUASANA HARI RAYA DIKAMPUNG BUKIT WAN

Hari Raya Aidilfitri pastinya cukup meriah disana sini, bergitu jualah di Kampung Bukit Wan. Dari malam raya sampai ke awal pagi takbir raya terus bergema dimasjid. Suasana yang shahdu ini cukup menyentuh perasaan dan hati bagi sesiapa yang betul betul menghayatinya. Di awal pagi lagi telah ramai penduduk kampung mula menuju kemasjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Tahun ini telah mencatat satu sejarah dimana sebahagian para jemaah terpaksa sembahayang diluar masjid kerana terlalu ramai dan hal ini jarang sekali berlaku di Masjid Bukit Wan. Ini kerana bergitu ramai anak anak perantau telah pulang kekampung untuk beraya bersama keluarga dan sahabat handai dikampung. Selesai sahaja solat sunat hari raya, semua penduduk kampung terus berdiri disaf masing masing dan bersalam salaman bermula dari saf hadapan hingga ke saf belakang termasuk kanak kanak. Dengan ini semua orang akan bersalam salaman diantara satu sama yang lain. Perkara ini telah menjadi satu tradisi dan budaya penduduk Kampung Bukit Wan pada setiap kali hari raya. Budaya kunjung menjungjung juga telah menjadi sesuatu yang lumrah dari turun temurun. Semangat muhibbah dan ikatan persaudaraan jelas kelihatan diantara satu sama yang lain. Semoga budaya dan tradisi ini akan berteruskan pada satu generasi kesatu generasi dalam masyarakat kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Yol...anak perantau yang pulang beraya
dikampung...cukup gembira.
Bersalam dalam barisan...
Bermaaf maafan lah kita dihari raya ini...
Hulkali bersama Pengerusi JKKK Bukit Wan
En Badri turut bergambar bersama Pengerusi
JKKK Bukit Wan..En Harun Ismail.

Tiada ulasan: