08 September 2010

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penulis Blog (Hulkali) kerana telah berjaya mencipta satu laman blog (wwwbukitwan.blogspot.com) untuk tatapan warga Kampung Bukit Wan khasnya dan juga untuk tatapan sesiapa jua amnya. Maka dengan ini Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan telah mengambil satu langkah untuk menjadikan pentadbiran JKKK Kampung Bukit Wan ini agar lebih interaktif khususnya dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan dunia yang tanpa sempadan ini. Dengan wujudnya laman blog ini ianya diharapkan agar dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja pihak JKKK Kampung Bukit Wan malah juga untuk warga kampung dan semua pihak yang ingin berkongsi idea dan mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti yang berlaku di Kampung Bukit Wan ini. Selain itu blog ini juga akan dapat membantu memperkenalkan Kampung ini di peringkat negeri, nasional dan juga di peringkat global. Sekian Terima Kasih . Wassalamualaikum .

Tiada ulasan: