KAMPUNG BUKIT WAN - Barisan kepimpinan JKKK dan penduduk Kampung Bukit wan meletakan harapan yang tinggi untuk memenangi tempat pertama dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011. Pengerusi JKKK, Chek Harun Ismail berkata, jika pada tahun 2009 yang lalu, Kampung Bukit wan sekadar meraih tempat ketiga namun tahun ini, mereka mengharapkan muncul johan dan seterusnya ke peringkat negeri.
27 Julai 2011
ANUGERAH DESA CEMERLANG JADI IMPIAN - PETIKAN DARI SINAR HARIAN 24 JULAI 2011
KAMPUNG BUKIT WAN - Barisan kepimpinan JKKK dan penduduk Kampung Bukit wan meletakan harapan yang tinggi untuk memenangi tempat pertama dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011. Pengerusi JKKK, Chek Harun Ismail berkata, jika pada tahun 2009 yang lalu, Kampung Bukit wan sekadar meraih tempat ketiga namun tahun ini, mereka mengharapkan muncul johan dan seterusnya ke peringkat negeri.
14 Julai 2011
MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2011
Perarakan diketuai oleh pasukan marhaban
Ketibaan para panel hakim pada jam 11.45 pagi telah disambut oleh para puteri cawangan yang juga membawa bunga mangga dan juga paluan kompang.Taklimat dan penghakiman ini telah bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3.00 petang.Turut bersama hadir pada majlis ini ialah Penghulu Mukim Bandar Encik Zamari Abu Zih dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar. Pada majlis ini juga para panel hakim turut disediakan makan tengahari dengan hidangan masakkan kampung. Sedikit cenderahati juga turut disumbangkan oleh pihak JKKK kepada seluruh para panel hakim selepas majlis penghakiman selesai.
Kadet remaja sekolah turut sama menghiasi Majlis Penghakiman.
Pada majlis ini hampir seluruh para panel hakim berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh pihak JKKK Kampung Bukit Wan. Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada seluruh para penduduk kampung dan sistem perancangan kebersihan yang rapi,ianya amat memuaskan hati para panel hakim. Ianya juga dapat memungkinkan JKKK Kampung Bukit Wan dapat pergi dengan lebih jauh didalam pertandingan ini.
Para panel hakim sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK.
Kumpulan Koir Bukit Wan turut menyanyikan lagu rasmi kampung
"Kampung Ku Gemilang"

Para hakim bersalam salaman sebelum meninggalkan majlis
Makan tengahari...gulai ayam kampung dengan ikan patin
masak tempoyak dan ikan keli salai.
Kepimpinan JKKK Bukit wan bergambar kenang kenangan bersama para para hakim
