14 Julai 2011

MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2011

Pada 12 Julai 2011 telah berlangsung Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011 di Kampung Bukit Wan. Setelah baru sahaja muncul johan Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kampung Peringkat Negeri Terengganu bagi Luar Kawasan Operasi pada 20hb April baru-baru ini, kini JKKK Kampung Bukit Wan sekali lagi cuba mengharumkan nama kampung khasnya dan DUN Batu Rakit amnya didalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) pula bagi peringkat Daerah Kuala Terengganu.
Sebahagian pembawa bunga mangar Ahli JKKK sempat lagi mesyuarat sebelum kedatangan
para para hakim
Penghulu Mukim (En Khairul Anuar)...sempat
bertanya khabar dengan ahli ahli marhaban.
Dengan segala persiapan yang rapi dilakukan bagi mengharapkan sebuah kejayaan, JKKK Bukit Wan juga telah didatangi oleh seluruh para panel hakim pada hari ini untuk menghakimi segala kategori yang telah ditetapkan oleh pihak penghakiman. Pelbagai jabatan dari pihak kerajaan negeri seperti Majlis Bandaraya, Jabatan Agama, Pejabat Pelajaran Daerah, MARA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan juga Pejabat Daerah telah dipilih untuk menjadi panel hakim pada pertandingan kali ini.

Perarakan diketuai oleh pasukan marhaban

Ketibaan para panel hakim pada jam 11.45 pagi telah disambut oleh para puteri cawangan yang juga membawa bunga mangga dan juga paluan kompang.Taklimat dan penghakiman ini telah bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3.00 petang.Turut bersama hadir pada majlis ini ialah Penghulu Mukim Bandar Encik Zamari Abu Zih dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar. Pada majlis ini juga para panel hakim turut disediakan makan tengahari dengan hidangan masakkan kampung. Sedikit cenderahati juga turut disumbangkan oleh pihak JKKK kepada seluruh para panel hakim selepas majlis penghakiman selesai.

Kadet remaja sekolah turut sama menghiasi Majlis Penghakiman.

Pada majlis ini hampir seluruh para panel hakim berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh pihak JKKK Kampung Bukit Wan. Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada seluruh para penduduk kampung dan sistem perancangan kebersihan yang rapi,ianya amat memuaskan hati para panel hakim. Ianya juga dapat memungkinkan JKKK Kampung Bukit Wan dapat pergi dengan lebih jauh didalam pertandingan ini.

Para panel hakim sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK. Kumpulan Koir Bukit Wan turut menyanyikan lagu rasmi kampung "Kampung Ku Gemilang"

Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) sedang
menyampaikan taklimat.
Suasana dalam dewan penghakiman
Para hakim bersalam salaman sebelum meninggalkan majlis Makan tengahari...gulai ayam kampung dengan ikan patin masak tempoyak dan ikan keli salai.

Kepimpinan JKKK Bukit wan bergambar kenang kenangan bersama para para hakim

Tiada ulasan: