27 Julai 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG JADI IMPIAN - PETIKAN DARI SINAR HARIAN 24 JULAI 2011

KAMPUNG BUKIT WAN - Barisan kepimpinan JKKK dan penduduk Kampung Bukit wan meletakan harapan yang tinggi untuk memenangi tempat pertama dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011. Pengerusi JKKK, Chek Harun Ismail berkata, jika pada tahun 2009 yang lalu, Kampung Bukit wan sekadar meraih tempat ketiga namun tahun ini, mereka mengharapkan muncul johan dan seterusnya ke peringkat negeri.
Persiapan awal sudah dilaksanakan merangkumi aspek
kebersihan, keceriaan, ekonomi, pendidikan dan
kerohanian serta teknologi maklumat agar penilaian yang dilakukan dapat melengkapkan kriteria yang dipertandingkan. Jika pada tahun 2009 kita mempunyai beberapa kelemahan namun tahun ini semua kelemahan itu sudah diatasi sebaik mungkin dengan membuat penambahbaikan meliputi aspek kebersihan dan profil kampung, katanya. Menurutnya, selain meletakkan harapan yang besar untuk memenangi ADC tahun ini, penduduk kampung juga sentiasa bersedia menerima kehadiran tetamu bagi melihat sendiri keindahan kampung.
Saya berasa bersyukur kerana ramai pihak yang berminat ke sini dan merasai suasana kampung yang sebenar setelah kampung Bukit wan muncul johan dalam Pertandingan Kebersihaan Dan keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu dalam kategori luar kawasan operasi 2011 baru baru ini. Bagaimanapun, kerjasama daripada penduduk dari pelbagai lapisan umur adalah resipi utama kejayaan kampung ini dalam setiap pertandingan sebelum dikenali oleh masyarakat luar, katanya.

Tiada ulasan: